Page 57 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 57

Bahasa Melayu PT3  Bab 3 Pemindahan Maklumat
                  Jawapan
                  Industri pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing dengan mudah dan
                  banyak. Di samping itu, industri ini juga menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada
                  rakyat. Malahan, industri ini memerlukan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  pada peringkat pengurusan dan penyeliaan. Selain itu, industri ini juga melahirkan lebih
                  ramai usahawan  khususnya  bumiputera dalam  pelbagai  bidang. Tambahan  pula,  sektor
                  pelancongan  juga  mampu  menarik pelabur  asing  ke  negara  kita dan memangkinkan
                  kepesatan perniagaan di negara kita. Malaysia dapat mempromosikan produk tempatan
                  agar dikenali ke serata dunia.





                   Model 2

                  Baca  petikan  di  bawah  dengan  teliti.  Berdasarkan  petikan  tersebut,    tulis  sebuah
                  ringkasan tentang  kebaikan belajar secara  berkumpulan.  Panjangnya ringkasan anda
                  hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan    Bab 3
                  ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

                  Kita sering  mendengar  beberapa  istilah seperti kumpulan perbincangan, kumpulan
                  belajar, halaqah, ataupun usrah. Secara umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan
                  sekumpulan  individu  atau beberapa orang individu  yang  ditubuhkan untuk  berbincang
                  dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu untuk manfaat anggota
                  kumpulan tersebut. Aktiviti ini dapat meningkatkan ilmu dan mematangkan individu yang
                  terlibat.
                      Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
                  untuk disusun dalam bentuk yang lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali
                  kita mempunyai  pecahan-pecahan  ilmu yang  terasing atau  bahan  yang  berselerak dan
                  kita tidak dapat mengaitkannya dengan  konteks yang  sebenarnya. Mungkin  pecahan-
                  pecahan  yang  kita miliki tidak cukup  untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai  satu
                  kesatuan yang jitu.

                      Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan  yang  tidak kita
                  miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
                  memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu
                  mendapatkan  pengetahuan  tersebut. Jikalau  perbincangan itu disertai oleh
                  orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

                      Apabila kita belajar secara  berkumpulan, kadar kepantasan belajar
                  kita akan meningkat. Hal ini demikian  kerana adanya unsur-unsur
                  persaingan dan tentulah kita mahu  mengemukakan pendapat yang
                  terbaik  dan  sumbangan  yang  bermanfaat  kepada  kumpulan.  Dengan
                  demkian, kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh
                  untuk menjayakan perbincangan itu.
                      Belajar secara  berkumpulan  juga  mampu  meningkatkan motivasi
                  belajar dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana murid yang kurang



                                                       221





         03 RANGER BM PT3.indd   221                                                        14/03/2022   9:11 AM
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62