Page 59 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 59

Bahasa Melayu PT3  Bab 3 Pemindahan Maklumat

                       Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Kepercayaan
                   kepada  Tuhan antara lain menerapkan  kepercayaan  beragama dapat mengukuhkan
                   ikatan semua bangsa, seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya
                   mempunyai pegangan hidup.  Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                   negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara. Keluhuran
                   perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima,
                   dipatuhi, serta dipertahan  oleh rakyat. Kedaulatan  undang-undang  pula memberikan
                   keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang
                   bebas dan berwibawa.
                       Sehubungan dengan itu, rakyat harus sedar bahawa Rukun Negara mampu
                   menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai
                   agama dan budaya di negara ini. Langkah kerajaan melancarkan kempen tersebut amat
                   tepat bagi mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan
                   dan keharmonian negara dapat terus dipelihara.

                                                                                                      Bab 3

                  3.3.3  Rumusan
                   Model 1

                  Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
                  yang  panjangnya  tidak melebihi 100  patah perkataan.  Anda  digalakkan  supaya
                  menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

                  Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti
                  harian dapat dijalankan dengan baik dan cekap. Dewasa ini, kita sering
                  mendengar berita tentang murid yang  terjerumus dalam  kancah
                  maksiat  ataupun penyalahgunaan  dadah. Hal ini  mungkin  berlaku
                  disebabkan murid itu terpengaruh  oleh  anasir-anasir buruk.
                  Mereka tidak dapat menguruskan masa mereka dengan cekap.
                      Untuk mengendalikan  masa  secara  berkesan, murid-murid  mestilah
                  menyediakan jadual belajar peribadi di rumah.  Jadual  ini  membantu
                  murid-murid menguruskan masa dengan berkesan. Mereka juga dapat
                  memanfaatkan  masa  untuk  mengulang  kaji  pelajaran  dan  bersiap
                  siaga  untuk menghadapi  peperiksaan.  Hal  ini  dapat  mengelakkan
                  mereka  daripada  kesuntukan masa  apabila  peperiksaan  sudah  hampir.  Murid yang
                  berjaya biasanya membuat persediaan awal. Bagi murid yang tidak membuat persediaan
                  awal, tentulah tidak dapat menghabiskan semua silibus sebelum peperiksaan. Di samping
                  itu, masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca
                  bahan  ilmiah  dan melayari  Internet  untuk mencari maklumat  tentang pelajaran.  Masa
                  jangan dibiarkan berlalu begitu  sahaja,  kerana masa  itu  amat berharga. Murid  bukan
                  sahaja  dapat  menggunakan  masa  dengan  berfaedah,  tetapi  juga  dapat  menambahkan
                  ilmu pengetahuan.
                      Tambahan  pula,  murid  dapat  memanfaatkan  masa  dengan  keluarga  bagi  memupuk
                  perasaan berkasih sayang sesama ahli keluarga. Hal ini dilihat apabila masa diperuntukkan


                                                       223





         03 RANGER BM PT3.indd   223                                                        14/03/2022   9:11 AM
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64