Page 8 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 8
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
BAB 1 Sistem Bahasa Bab 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1.1 Golongan Kata Kata Nama
1.1.1 Kata Nama VIDEO
1. Kata nama merupakan perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Terdapat tiga jenis kata nama, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti
nama.
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.
2. Pembahagian kata nama khas adalah seperti yang berikut.
Kata Nama Khas
Hidup Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia
3. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Kata nama khas hidup manusia – contohnya Azhari, Kumaran, Datuk Lee Chong
Wei, Sarjan Aliff, dan Doktor Ananda
(b) Kata nama khas hidup bukan manusia – contohnya Sang Rangkak, Si Tompok,
Comel, dan Jibrail
4. Kata nama khas tak hidup merujuk benda-benda yang tidak hidup secara khusus,
contohnya Proton Perdana (kereta), Dewan Siswa (majalah), Universiti Kebangsaan
Malaysia (institusi), Teluk Intan (tempat), Tan Sri (pangkat), dan Khamis (abstrak).
5. Dalam penulisan, kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama
perkataan tersebut.
Kata Nama Am
1. Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa secara am.
1 1
01 RANGER BM PT3.indd 1 14/03/2022 9:09 AM

