Page 10 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 10

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                    3. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
                      (a)  kata ganti nama diri orang
                      (b)  kata ganti nama diri tanya                                                 Bab 1
                    4. Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan nama diri seseorang atau
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      sekumpulan orang tertentu. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri orang, iaitu:
                        Kata Ganti Nama Diri     Kata Ganti Nama Diri    Kata Ganti Nama Diri
                            Orang Pertama            Orang Kedua             Orang Ketiga

                                 aku                     awak                   baginda
                                beta                    engkau                   beliau
                               hamba                    kamu                      dia
                                kami                    kalian                    ia
                                kita                     puan                   mereka
                                patik                  saudara
                                saya                    saudari
                                                         tuan
                                                        tuanku



                    5. Terdapat kata ganti nama diri  orang yang  boleh disingkatkan, iaitu  ku (daripada
                      kata ganti nama diri aku), kau (disingkatkan daripada kata ganti nama diri engkau),
                      mu  (disingkatkan daripada kata  ganti nama  diri  kamu),  dan  nya  (disingkatkan
                      daripada kata ganti nama diri ia atau dia).
                    6. Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk membina ayat tanya.
                    7. Kata ganti nama diri tanya ada tiga, iaitu:
                      (a)  apa – untuk menanyakan benda, haiwan, atau perkara
                      (b)  mana – untuk menanyakan manusia, haiwan, benda, dan tempat
                      (c)  siapa – untuk menanyakan manusia
                    8. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum
                      dan kata ganti nama tunjuk tempat.
                    9. Kata ganti nama tunjuk umum berfungsi untuk menunjukkan sesuatu.

                   10. Kata ganti nama tunjuk umum terbahagi kepada dua, iaitu:
                      (a)  ini (untuk menunjukkan orang atau sesuatu yang dekat)
                      (b)  itu (untuk menunjukkan orang atau sesuatu yang jauh)
                   11. Kata ganti nama tunjuk tempat berfungsi untuk menunjukkan sesuatu tempat.
                   12. Kata ganti nama tunjuk tempat terbahagi kepada tiga, iaitu:
                      (a)  sana (untuk menunjukkan tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat)
                      (b)  sini (untuk menunjukkan tempat yang dekat)
                      (c)  situ (untuk menunjukkan tempat yang jauh tetapi masih dapat dilihat)





                                                        3





         01 RANGER BM PT3.indd   3                                                          14/03/2022   9:09 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15