Page 13 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 13
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
2. Terdapat dua bentuk kata kerja pasif, iaitu:
(a) kata kerja pasif diri pertama serta kata kerja pasif diri kedua
Ayat Aktif Kata Ganti Diri Pertama Ayat Pasif Kata Ganti Diri Pertama
dan Kata Ganti Diri Kedua dan Kata Ganti Diri Kedua
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
Pelaku Kata Kerja Objek Objek Pelaku Kata Kerja
Saya membaca buku. Buku saya baca.
Kami menonton wayang. Wayang kami tonton.
Hamba menghadap sultan. Sultan hamba hadap.
Awak menyiapkan latihan. Latihan awak siapkan.
(b) kata kerja pasif diri ketiga
Ayat Aktif KGND3 Ayat Pasif KGND3
Pelaku Kata Kerja Objek Objek Kata Kerja Pelaku
Raihan membaca majalah. Majalah dibaca oleh Raihan.
Azmil menonton wayang. Wayang ditonton oleh Azmil.
Beliau merasmikan majlis. Majlis dirasmikan oleh beliau.
Dia memasak nasi. Nasi dimasak oleh dia.
PRAKTIS FORMATIF 1.1.2
1. Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Emak bawang besar sebagai bahan tumisan sayur sawi.
A melapah C mengelar
B menghiris D mengupas
2. Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Air sungai itu mengalir dengan laju menunjuk ke hilir. Tiada kesalahan.
A B C D
3. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Pakaian di ampaian itu sudah disidai oleh saya tengah hari tadi.
6
01 RANGER BM PT3.indd 6 14/03/2022 9:09 AM

