Page 12 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 12
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
Lihat contoh di bawah ini.
Pelaku Perbuatan Objek
(Kata Nama) (Kata Kerja) (Frasa Nama) Bab 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Samsiah memasak nasi.
Ayah membasuh kereta.
Pengetua menyampaikan ucapan.
2. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif dapat dipasifkan dengan mengedepankan
objek.
Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut selepas
kata kerja itu. Walau bagaimanapun, kata ini boleh disertakan unsur keterangan.
2. Kata kerja ini dapat berdiri sendiri.
Lihat contoh di bawah ini.
Pelaku Perbuatan
(Kata Nama) (Kata Kerja) Unsur Keterangan
Adik menangis.
Air sungai mengalir deras.
Dia membisu sejak tadi.
3. Terdapat dua golongan kata kerja tak transitif, iaitu:
(a) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
(b) kata kerja tak transitif berpelengkap
4. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap dapat berdiri sendiri dan tidak
memerlukan objek sebagai pelengkap. Kebiasaannya, kata kerja berada di hujung
ayat. Contoh:
(a) Bangunan itu roboh.
(b) Adik terjatuh.
(c) Jalur Gemilang berkibar.
5. Kata kerja tak transitif berpelengkap memerlukan pelengkap supaya ayat menjadi
sempurna. Contoh:
(a) Air sungai beransur surut.
(b) Restoran itu berkonsepkan layan diri.
(c) Kehidupannya menjadi semakin senang.
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif terbentuk daripada kata kerja transitif yang mengalami proses
pemasifan, iaitu mengedepankan objek dan mengebelakangkan kata kerja dan
pelaku.
5
01 RANGER BM PT3.indd 5 14/03/2022 9:09 AM

