Page 9 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 9

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                 2. Pembahagian kata nama am adalah seperti yang berikut.


                                     Kata Nama Am
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
        Bab 1
                          Hidup                     Tak Hidup
                                                                                  Konkrit
                   Manusia       Bukan        Institusi    Bukan Institusi
                                Manusia                                           Abstrak


                                                                 Berbilang     Tak Berbilang



                 3. Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu:
                    (a)  Kata nama am hidup manusia – contohnya bayi, kakak, pengembala, dan tentera
                    (b)  Kata  nama  am  hidup bukan manusia – contohnya  cacing, itik, malaikat, pokok,
                       dan bidadari
                 4. Kata nama am tak hidup terbahagi kepada dua, iaitu:
                    (a)  institusi
                    (b)  bukan institusi
                 5. Kata nama am tak hidup institusi  merujuk  institusi  yang tidak  hidup, contohnya
                    hospital, kedai, pasar, pejabat, dan sekolah.
                 6. Kata nama am tak hidup bukan institusi terbahagi dua, iaitu:
                    (a)  konkrit
                    (b)  abstrak
                 7. Kata  nama am tak hidup bukan institusi  konkrit  merujuk  institusi  yang  konkrit,
                    contohnya kampung, lorong, rumah, dan tasik.
                 8. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi dua, iaitu:
                    (a)  abstrak berbilang – merujuk benda atau  perkara  yang  tidak hidup  tetapi
                       boleh dibilang dan disertai oleh kata bilangan, contohnya bayangan, kenangan,
                       khayalan, dan pendapat
                    (b)  abstrak tak berbilang – merujuk benda atau perkara yang tidak hidup dan tidak
                       boleh dibilang, seperti keharmonian, ketampanan, perubahan, dan udara

               Kata Ganti Nama
                 1. Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk menggantikan diri seseorang
                    dan sebagai penunjuk.
                 2. Terdapat dua jenis kata ganti nama, iaitu:
                    (a)  kata ganti nama diri
                    (b)  kata ganti nama tunjuk





                                                      2





         01 RANGER BM PT3.indd   2                                                          14/03/2022   9:09 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14