Page 14 - Genius PBD Sejarah Thn 4 (EG)
P. 14
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
3.1 Kehidupan Manusia Zaman 3.1.2 Memberi contoh lokasi Zaman Prasejarah di
Prasejarah negara kita Buku Teks m.s. 76 – 77 TP2 46
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, gambar besar Kuiz cepat Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Kemahiran berfikir Peta buih Berdikari
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan gambar dari Muzium Arkeologi Lenggong.
Rujuk laman web: http://www.mdlg.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/muzium-arkeologi-lenggong
2. Guru menerangkan lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia.
3. Guru memberikan masa (1 minit : 1 soalan) kepada murid untuk menulis lokasi Zaman Prasejarah di negara kita.
4. Guru akan mengemukakan soalan berkaitan dengan lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia. Contoh soalan:
(a) Namakan lokasi Zaman Paleolitik di Perak.
(b) Namakan gua di Pahang yang merupakan lokasi Zaman Neolitik.
(c) Apakah Zaman Prasejarah yang boleh dikaitkan dengan Gua Niah di Sarawak?
(d) Apakah sumber sejarah yang ditemukan di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor?
5. Kertas jawapan murid akan ditukar dengan rakan sebelah untuk ditanda. Guru dan murid akan berbincang jawapan
bersama-sama.
6. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 46 tentang lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
3.1 Kehidupan Manusia Zaman 3.1.3 Menghuraikan ciri kehidupan dari aspek
Prasejarah kegiatan sosial dan ekonomi manusia Zaman TP3, TP4 47, 48
Prasejarah
Buku Teks m.s. 78 – 79
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, gambar peralatan Zaman
Prasejarah, Bonus PdPc eP+: Kuiz Lawatan ke galeri Menganalisis
Gamifikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Nilai murni Peta dakap Kerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan gambar peralatan Zaman Prasejarah.
2. Guru menerangkan ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam dari aspek tempat
kediaman, peralatan, aktiviti pengumpulan makanan, kegiatan ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan serta kesenian
dan kebudayaan.
3. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan yang mewakili:
(a) Zaman Paleolitik
(b) Zaman Mesolitik
(c) Zaman Neolitik
(d) Zaman Logam
4. Setiap kumpulan akan mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah.
5. Hasil maklumat akan dibuat dalam bentuk peta minda dan ditampal di hadapan kelas.
6. Seorang ketua akan dipilih untuk membuat pembentangan.
7. Kumpulan lain akan mendengar dan bergerak untuk melihat serta menganalisis hasil kerja kumpulan lain.
8. Guru memberikan latihan tambahan dalam bentuk Kuiz Gamifikasi.
9. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 47 – 48 tentang ciri kehidupan manusia Zaman
Prasejarah.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 12 UNIT 6
00D RPH.indd 12 20/09/2022 9:40 AM

