Page 16 - Genius PBD Sejarah Thn 4 (EG)
P. 16
Strategi RPH
UNIT
7 Kerajaan Melayu Awal
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
4.1 Kerajaan Melayu Awal 4.1.1 Menamakan kerajaan Melayu awal di Alam
Melayu Buku Teks m.s. 88 – 89 TP1 61
BBM PAK-21 KBAT
Bonus PdPc eP+: Nota Berwarna, buku teks, Hentian bas Menganalisis
komputer, LCD, klip video daripada YouTube
EMK i-THINK Nilai Murni
Kemahiran berfikir Peta buih Rasional
Cadangan PdPc
1. Guru menayangkan dokumentari tentang Lembah Bujang (Ancient Wonder of Kedah) dari YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=y3eyl8b5pYA&t=3s
2. Guru menunjukkan nota dan menerangkan kerajaan Melayu awal di Alam Melayu.
3. Guru akan menampal soalan pada dinding di beberapa tempat di dalam kelas. Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah:
(a) Apakah maksud Alam Melayu?
(b) Berikan tiga contoh kerajaan Melayu awal.
(c) Namakan tiga monumen yang terkenal dalam kerajaan Melayu awal.
(d) Nyatakan kerajaan Melayu awal yang wujud pada abad pertama hingga ke-15.
(e) Mengapakah warisan kerajaan Melayu awal harus dipelihara?
(f) Apakah iktibar yang diperoleh daripada kerajaan Melayu awal?
4. Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang tentang soalan berkenaan.
5. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan jawapan. Pada akhir hentian, guru akan mengumpulkan jawapan murid.
6. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 61 tentang kerajaan Melayu awal.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
4.1 Kerajaan Melayu Awal 4.1.2 Menyatakan lokasi kerajaan Melayu awal di
Kepulauan Melayu Buku Teks m.s. 90 – 91 TP2 62
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, peta lokasi kerajaan Melayu Awal di Lawatan ke galeri Menganalisis
Kepulauan Melayu
EMK i-THINK Nilai Murni
Kepimpinan Peta pokok Bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang peta yang menunjukkan lokasi tamadun awal dunia. Guru bertanya sebab lokasi tersebut
dipilih.
2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang mewakili kerajaan Melayu awal:
(a) Beruas (d) Majapahit
(b) Srivijaya (e) Mataram
(c) Chih-Tu (f) Kedah Tua
3. Setiap kumpulan akan mendapatkan maklumat tentang kerajaan Melayu awal tersebut dari aspek:
(a) Lokasi (b) Perkembangan
4. Hasil maklumat akan dibuat dalam bentuk rajah atau peta minda dan ditampal di hadapan kelas. Seorang ketua akan dipilih untuk
membuat pembentangan. Kumpulan lain akan mendengar dan bergerak untuk melihat serta menganalisis hasil kerja kumpulan lain.
5. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 62 tentang lokasi kerajaan Melayu awal.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 14 UNIT 7
00D RPH.indd 14 20/09/2022 9:40 AM

