Page 21 - Genius PBD Sejarah Thn 4 (EG)
P. 21
Strategi RPH
UNIT
9 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
5.2 Pengasas Kesultanan Melayu 5.2.1 Menyatakan latar pengasas Kesultanan Melayu 76, 77
Melaka Melaka Buku Teks m.s. 122 – 123 TP1, TP2
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, risalah pelancongan Melaka Hentian bas Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Kemahiran berfikir Peta bulatan Bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan gambar-gambar daripada risalah pelancongan Melaka.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang negeri Melaka.
3. Guru akan menampal soalan pada dinding di beberapa tempat di dalam kelas. Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah:
(a) Senaraikan buku yang merekodkan tentang pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
(b) Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka menurut Sulalatus Salatin?
(c) Namakan penulis buku Suma Oriental.
(d) Siapakah Parameswara?
(e) Apakah ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara sehingga mendapat sokongan pembesar?
4. Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang tentang soalan berkenaan. Murid berkongsi
pendapat dan merekodkan jawapan. Pada akhir hentian, guru akan mengumpulkan jawapan dan berbincang jawapan dengan murid.
5. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 76 – 77 berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
5.2 Pengasas Kesultanan Melayu 5.2.2 Menerangkan rentetan peristiwa perjalanan
Melaka pengasas Kesultanan Melayu Melaka TP3 78
Buku Teks m.s. 124 – 125
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, kad ayat Susun suai Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Kemahiran berfikir Peta alir Bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru bercerita tentang pengembaraan Parameswara selepas meninggalkan Palembang.
2. Murid akan dibahagikan kepada 8 situasi berdasarkan buku teks halaman 124 – 125.
3. Guru akan mengedarkan keratan ayat berkaitan dengan tajuk “Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan”.
4. Contoh kad ayat - SITUASI 1:
Temasik Temagi kapal Kerajaan Siam Parameswara
5. Guru akan menulis petikan berikut di hadapan kelas dan murid akan menyusun semula keratan ayat tersebut. Contoh:
Parameswara dan pengikutnya menaiki kapal menuju ke Temasik dan bertemu dengan
Temagi yang menjadi wakil Kerajaan Siam yang memerintah Temasik.
6. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 78 tentang pengembaraan Parameswara sebelum sampai ke Melaka.
UNIT 9 EG 19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00D RPH.indd 19 20/09/2022 9:40 AM

