Page 25 - Genius PBD Sejarah Thn 4 (EG)
P. 25
Strategi RPH
UNIT
11 Hang Tuah Laksamana Terbilang
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
5.4 Hang Tuah sebagai 5.4.1 Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah
Laksamana Melaka Buku Teks m.s. 156 – 157 TP1 93
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, gambar Perkampungan Hang Hentian bas Menganalisis
Tuah, Bonus PdPc eP+: Kuiz Gamifikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Nilai murni Peta buih Bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang Hang Tuah.
2. Guru menerangkan riwayat hidup Hang Tuah.
3. Guru akan menampal soalan di dinding di beberapa tempat di dalam kelas.
4. Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah:
(a) Nyatakan kampung asal Hang Tuah.
(b) Siapakah nama ibu dan bapa Hang Tuah?
(c) Senaraikan empat orang sahabat karib Hang Tuah.
(d) Apakah bukti Hang Tuah seorang yang berani dan tangkas?
(e) Jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan Hang Tuah.
5. Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan berbincang tentang soalan berkenaan.
6. Murid akan berkongsi pendapat dan merekodkan jawapan. Pada akhir hentian, guru akan mengumpulkan jawapan dan
berbincang dengan murid.
7. Guru memberikan latihan tambahan dalam bentuk Kuiz Gamifikasi.
8. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 93 tentang riwayat hidup Hang Tuah.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
5.4 Hang Tuah sebagai 5.4.2 Menjelaskan kualiti diri Hang Tuah sebagai
Laksamana Melaka Laksamana Melaka Buku Teks m.s. 158 – 163 TP2 94
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Penulisan pantas Menilai
EMK i-THINK Nilai Murni
Kemahiran berfikir Peta buih Hemah tinggi
Cadangan PdPc
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kualiti diri Hang Tuah.
2. Setiap murid dikehendaki menyediakan kertas kosong.
3. Dalam masa lima minit, murid-murid dikehendaki menyenaraikan enam nilai positif yang dimiliki oleh Hang Tuah.
4. Nilai tersebut ialah:
(a) Berani (c) Bijaksana (e) Jujur dan amanah
(b) Taat setia (d) Bertanggungjawab (f) Genius dalam persilatan
5. Kemudian, dalam masa lima minit, murid-murid dikehendaki menyenaraikan enam nilai negatif yang harus dielakkan seperti:
(a) Penakut (c) Tidak amanah (e) Sombong
(b) Menderhaka (d) Degil (f) Tidak bertanggungjawab
6. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 94 tentang kualiti diri Hang Tuah.
UNIT 11 EG 23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00D RPH.indd 23 20/09/2022 9:40 AM

