Page 21 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 21

LAPORAN TAHUNAN

                                                                                                 Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang



                                  Gerakan  koperasi  mempunyai  sejarah,  hubungan  dan  kerjasama  yang  lama
                                  dengan  kerajaan.  Justeru,  ANGKASA  ada  mencadangkan  supaya  perkataan
                                  koperasi dimasukkan dan diguna pakai pada nama Kementerian Pembangunan
                                  Usahawan yang menaungi gerakan koperasi. Ia perlu bagi menunjukkan bahawa
                                  gerakan  koperasi  diiktiraf  sebagai  salah  satu  badan  yang  mampu  membantu
                                  masyarakat dan negara dari segi ekonomi.

                                  Tambah beliau, sewaktu Konvensyen Pemerkasaan Koperasi anjuran ANGKASA
                                  dan  Kementerian  Pembangunan Usahawan,  YBhg.  Datuk Seri Mohd. Redzuan
                                  Yusof  menyeru  gerakan  koperasi  meningkatkan  perolehan  dari  RM50  bilion
                                  kepada RM55 bilion pada tahun 2020.

                                  ANGKASA sedia menyahut seruan itu dan harus sama-sama memikirkan strategi
                                  bagi mencapai hasrat yang dinyatakan oleh YB Menteri.Untuk itu, ANGKASA telah
                                  mewujudkan  lapan  (8)  Sektor  Pembangunan  Perniagaan  Koperasi  berfokus
                                  kepada perniagaan berimpak tinggi.

                                  Antara  strategi  lain  adalah  melalui  penglibatan  koperasi  dalam  industri  halal.
                                  Produk halal di pasaran antarabangsa mempunyai permintaan tinggi mencecah
                                  AS$2 trilion (RM8.2 trilion) manakala makanan halal pula sebanyak RM1.3 trilion.
                                  Koperasi perlu menggunakan kelebihan tersebut kerana majoriti rakyat Malaysia
                                  beragama Islam. Jadi, produk dan perkhidmatan majoriti koperasi adalah halal.

                                  Untuk  makluman,  Malaysia  menduduki  tempat  pertama  dalam  carta  yang
                                  dikeluarkan  oleh  Global  Islamic  Economic  Index  terutamanya  dalam  bidang
                                  pembiayaan Islamik.

                                  ANGKASA juga telah mengambil bahagian sewaktu  Malaysia  Halal  Expo 2019
                                  bagi  mempromosi  produk  koperasi  yang  mana  salah  satu  objektifnya
                                  mengukuhkan  hubungan  perdagangan  khususnya  dalam  industri  halal  dengan
                                  negara Jepun.

                                  Beliau menyeru warga koperasi agar turut serta dalam program roadshow tersebut
                                  bagi  meningkatkan  lagi  pemasaran  dan  eksport  produk  koperasi  sekaligus
                                  meningkatkan lagi perolehan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi
                                  negara

                                  Japanese  Consumers'  Co-operative  Union  (JCCU)  meletakkan  pegawainya  di
                                  pejabat Malaysian Business Office (MBO) yang terletak berhampiran ANGKASA.
                                  Ia merupakan salah satu usaha ANGKASA dalam menjalin kerjasama yang lebih
                                  mantap antara koperasi di Malaysia dan Jepun.

                                  Beliau turut memaklumkan bahawa beliau dilantik menganggotai Majlis Tindakan
                                  Kos Sara Hidup.

                                  ANGKASA  menyatakan  hasrat  koperasi  sedia  menyertai  sektor  peruncitan  dan
                                  pemborongan dalam usaha menyediakan barangan keperluan asas pada harga
                                  yang lebih kompetitif kepada pengguna.






                                                            18
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26