Page 22 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 22
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
Program BA100 adalah inisatif ANGKASA dalam menawarkan barang asas yang
lebih berpatutan kepada pengguna. ANGKASA akan bertindak sebagai jalan
pintas kepada orang tengah kerana membeli secara pukal daripada pengilang atau
pengusaha.
Beliau memaklumkan terdapat kira-kira 500 buah koperasi sekolah terlibat dalam
sektor peruncitan. Ia dapat memberi latihan awal kepada koperator muda dalam
ilmu keusahawan.
Masyarakat dunia mengagumi gerakan koperasi sekolah yang teratur dan tersusun
dan mahu menjadikan Malaysia sebagai role model bagi membangunkan koperasi
sekolah di negara masing-masing.
Pihak International Cooperative Alliance (ICA) juga akan membuat penggambaran
di MRSM Kepala Batas bagi memberi pendedahan global terhadap koperasi
sekolah di Malaysia.
Sehingga kini terdapat enam (6) buah koperasi sekolah mencapai perolehan RM1
juta dan menjangkakan enam (6) buah lagi bagi tahun kewangan berakhir 2018.
ANGKASA mensasarkan 50 buah koperasi sekolah berjaya mencapai perolehan
RM1 juta pada tahun 2020.
Menurut beliau, gerakan koperasi perlu memberi perhatian mengenai perniagaan
e-commerce. Rata-rata perniagaan sangat bergantung kepada penggunaan
teknologi bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Contohnya dalam Sektor Inovasi, ANGKASA dengan kerjasama PETEKMA telah
membangunkan aplikasi e-Hailing iaitu CALLme untuk membantu koperasi terlibat
dalam pengangkutan teksi.
Penggunaan teknologi bersepadu bersama bidang logistik amat penting dalam
menjadi asas kejayaan sesuatu perniagaan. Ia merangkumi pengangkutan,
perkhidmatan pelanggan, pengurusan inventori, perkhidmatan pesanan dan
pemprosesan belian.
Koperasi seharusnya dilibatkan dalam semua peringkat logistik tersebut supaya
perolehan berlegar dalam lingkungan gerakan koperasi itu sendiri dan sudah
semestinya objektif penawaran harga kompetitif dapat tercapai.
Beliau turut menyarankan agar koperasi terlibat dalam penanaman jagung bijian
untuk tujuan makanan ternakan kerana kebergantungan Malaysia dan jumlah
import melebihi RM3.2 bilion setahun. Beliau menambah kualiti jagung ditanam di
Malaysia setanding dengan jagung dari negara luar seperti Brazil. (Sumber: Dr.
Noraini Samad, MARDI 2017).
Tanah seluas 4,000 hektar telah dikenal pasti di seluruh negara untuk pelaksanaan
projek itu dan bakal memanfaatkan hampir 2,000 koperasi di seluruh negara.
19

