Page 28 - Buletin JSKM 2021
P. 28

27





                ─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                                               TITIAN KASIH JSKM 2021
                                                     Muniroh Hamat


                       Pada  23  Apri  2021  bersamaan  11  Ramadan  1442H,  Jabatan  Sains  Komputer  dan
                Matematik,  UiTM  Cawangan  Pulau  Pinang  telah  mengadakan  satu  program  khidmat
                masyarakat bernama Titian Kasih di mana ianya merupakan program tahunan JSKM.  Kali
                ini  lokasi  yang  menjadi  pilihan  ialah  Pusat  Jagaan  Damai  Permai  di  Kepala  Batas,  Pulau
                Pinang.  Pusat jagaan tersebut telah diusahakan oleh Puan Rohana Nanyan dengan penghuni
                seramai 44 warga emas lelaki dan 22 warga emas perempuan.
                       Sumbangan berjaya dikumpul dari syarikat rakan strategik, staf alumni JSKM dan dari
                warga  JSKM  sendiri.    Sumbangan  tersebut  digunakan  untuk  membeli  kelengkapan  harian
                seperti kain pelikat, kain batik, kurma, face mask, lampin pakai buang, susu tepung dan lain-
                lain sumbangan persendirian yang sesuai. Sumbangan berupa wang tunai juga disampaikan
                kepada Puan Rohana Nanyan bagi meringankan beban sepanjang menguruskan pusat jagaan
                tersebut.
                       Program berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan
                dan  berakhir  pada  masa  yang  ditetapkan.    Diharapkan  semoga  program  sebegini  dapat
                diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mewujudkan sikap suka membantu antara satu
                sama  yang lain di kalangan warga JSKM.














































                ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33