Page 52 - Buletin JSKM 2021
P. 52
51
PROTOTAIP SISTEM PENGIRAAN HAD KIFAYAH MAKANAN MENGGUNAKAN
KAEDAH ANGGARAN HARGA MAKANAN
Saiful Nizam Warris
Satu prototaip sistem had kifayah makanan menggunakan kaedah anggaran harga makanan
sebulan dibangunkan bagi membantu mempercepatkan pengiraan had kifayah makanan. Proses
ini bermula dengan mengenalpasti setiap item makanan yang diperlukan oleh asnaf dan
menyediakan data mengikut templat (excel) iaitu item, harga minima (hmin), harga maksima
(hmak), kuantiti, unit, hari, status (runcit, sayur, basah, minuman).
Templat excel ini akan dimuatnaik ke dalam sistem dan secara automatik sistem akan
melakukan pengiraan dan memaparkan hasil kadar mengikut kategori.
Kategori yang terlibat adalah ketua keluarga (KK), dewasa bekerja (DB), dewasa tidak bekerja
(DTB), anak di ipta (IPTA), anak sekolah menengah (SM), anak sekolah rendah (SR), anak
bawah 7 tahun (B7T).

