Page 86 - Buletin JSKM 2021
P. 86

85




                                          SEMANGAT BERJUANG L'ORÉAL
                                                     Mahanim Omar


                Latar Belakang L'Oréal
                 L'Oréal, adalah satu nama yang tidak asing bagi
                 peminat  produk  kecantikan  kulit.  Syarikat  ini
                 diasaskan  pada  tahun  1909  oleh  seorang  ahli
                 kimia  Perancis,  Eugene  Schueller.  Produk
                 pertama  yang  beliau  hasilkan  ialah  pewarna
                 rambut yang kemudiannya dijual kepada salun-
                 salun di Perancis. Kini setelah lebih 110 tahun,
                 L'Oréal  telah  berkembang  menjadi  sebuah
                 syarikat  yang  memasarkan  produk  mereka  ke
                 150 buah negara.

                 Tahukah  anda  selain  dari  L'Oréal  Paris  dan
                 L'Oréal  Professional,  di  bawah  syarikat  ini
                 bernaungnya  36  jenama-jenama  hebat  dan
                 terkenal    seperti     Biotherm,     Garnier,
                 SkinCeuticals,  Kiehl’s,  Georgio  Armani  dan   Gambar 1: Antara produk L'Oreal Paris
                 Yves Saint Laurent?

                 Kesemua jenama ini dibahagikan kepada empat division yang dikenali sebagai
                  1.  Divisi  Produk  Professional  (Professional  Products)  seperti  L'Oreal  Profesional,
                     Kérastase, dan Matrix.
                  2.  Divisi  Produk  Pengguna  (Consumer  Products)  seperti  L'Oreal  Paris,  Garnier  dan
                     Maybeline New York.
                  3.  Divisi L’Oréal Luxe seperti Lancôme, Kiehl’s, Georgio Armani, Yves Saint Laurent,
                     Maybelline New York, Biotherm, shu uemura dan Ralph Lauren.
                  4.  Divisi  Kosmetik  Aktif  (Active  Cosmetics)  seperti  La  Roche  Posay,  CeraVe  dan
                     SkinCeuticals.

                                                            Covid-19
                                                            Pada tahun 2020, industri kecantikan seluruh
                                                            dunia     (merangkumi     penjagaan     kulit,
                                                            kosmetik,  penjagaan  rambut,  wangian,  dan
                                                            penjagaan diri) telah dikejutkan dengan krisis
                                                            COVID-19.         Kebanyakkan         negara
                                                            mengamalkan lockdown, kedai dan pasaraya
                                                            ditutup,  sempadan  negara  turut  ditutup.
                                                            Laporan  kewangan  sukuan  pertama  tahun
                                                            2020  dilaporkan  lemah  bagi  kebanyakkan
                                                            industri  kecantikan  seperti  L'Oréal  dan
                                                            Shisiedo.  Hanya  pemain  industri  penjagaan
                                                            diri seperti Colgate-Palmolive dan Johnson &
                                                            Johnson  melaporkan  peningkatan  dalam
                 Gambar 2: Antara produk di bawah divisi
                 L'Oreal Profesional                        jualan sukuan pertama (Kacey Culliney,
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91