Page 87 - Buletin JSKM 2021
P. 87
86
2020). Bagi L'Oréal, yang paling menunjukkan penurunan ketara dalam penjualan adalah divisi
Luxe dan Produk profesional terutamanya kategori solekan seperti Maybelline New
York.Sebaliknya, penjualan produk penjagaan rambut dan produk pembersihan muka serta
kebersihan seperti Garnier meningkat. Sebagai antara peneraju industri persolekan, L'Oréal,
mempunyai portfolio jenama yang kuat dan menunjukkan ketahanan untuk mengatasi krisis.
Pelaburan dalam digitalisasi dan e-dagang sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah
membantu syarikat untuk pulih dari kerugian yang berlaku akibat wabak COVID-19 yang
berterusan. Sebagai contoh, pada tahun 2018, L'Oréal telah membeli ModiFace, sebuah
syarikat augmented reality (AR) dan kecerdasan buatan (AI) yang diasaskan oleh Parham
Aarabi, profesor kejuruteraan dari Universiti Toronto. Dengan mengintegrasikan AR dalam
platform jual-beli, pelanggan boleh mencuba barangan kosmetik secara virtual. Antara jenama
terawal yang menggunakan teknologi ModiFace dalam pengalaman membeli-belah secara
dalam talian ialah Lancôme. Bagi yang ingin mencuba pengalaman ini bolehlah ke laman
sesawang Lancôme di https://www.lancome-usa.com/makeup/. Semua produk berlabel ‘virtual
try-on’ boleh dicuba melalui tiga cara, sama ada dengan mengaktifkan kamera, memuat-naik
gambar atau memilih gambar model yang disediakan. Selain itu, pada tahun 2019, L'Oréal telah
bekerja sama dengan gudang dan logistik Lazada untuk memenuhi keperluan pengiriman hari
berikutnya di bandar-bandar besar di Asia Tenggara (Haris Kurniawan, 2019). Pada jun 2021,
L'Oréal dan Facebook telah mengumumkan untuk mengintegrasi platform teknologi dengan
ModiFace untuk pelanggan membeli-belah di Instagram.
April tahun ini, L'Oréal telah mengumumkan penjualan mereka mulai pulih dengan peruncit
telah mula membuka kembali perniagaan mereka serta masyarakat mula berbelanja secara
dalam talian. Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif L'Oréal Jean-Paul Agon,
mengatakan dalam satu kenyataan bahawa syarikat Perancis itu berada dalam "mod semangat
berjuang" dan bersedia melabur dalam pelancaran produk baru. Beliau turut menambah,
kumpulan itu yakin dapat meningkatkan jualan dan keuntungan pada tahun 2021 (Reuters and
Sarah White, 2021).
Krisis COVID-19 telah mempercepatkan tren yang sudah membentuk pasaran semasa seperti
penggunaan sistem e-dagang serta penggunaan AR dalam pengalaman membeli-belah secara
dalam talian. Ternyata pelaburan awal L'Oréal telah membantu mereka keluar dari krisis
pandemik ini. Berlandaskan motivasi “Kecantikan untuk semua” (Beauty for all), L'Oréal terus
melaksanakan peranan mereka untuk menjadikan dunia ini lebih indah dengan meraikan
perbezaan dalam keperluan, kehendak dan tradisi setiap masyarakat. Mereka percaya bagi
setiap orang, lelaki dan perempuan, diri kita amat berharga, seperti kata slogan L'Oréal,
“Because We’re Worth It”.
Rujukan
Kurniawan, H. (2019, 30 April) Lazada dan L'Oréal jalin kerjasama untuk tingkatkan
jangkauan di Asia Tenggara. Diakses pada 24 Ogos 2021, dari
(https://www.merdeka.com/uang/)
Culliney, K. (2020, 25 May) Highs and lows: Beauty giants report mixed economic impact
amid COVID-19. Diakses pada 24 Ogos 2021, dari https://www.cosmeticsdesign-
europe.com/Article/2020/05/25/COVID-19-crisis-impacts-beauty-financials-hard-personal-
care-fares-better
L'Oréal Website. Diakses pada 24 Ogos 2021 https://www.loreal.com/en/group/
Reuters and Sarah White (2021, April 16) L'Oreal sales recovery picks up pace, helped by
China. Diakses pada 25 Ogos 2021, dari https://www.reuters.com/world/china/loreal-beauty-
sales-recovery-accelerates-helped-by-china-2021-04-15/

