Page 88 - Buletin JSKM 2021
P. 88
87
TEKA-TEKI SIRAH NABI
Nur Azimah Idris & Noor Azizah Mazeni
1. Kitab Zabur diturunkan sebagai panduan, mendirikan Masjid al-Aqsa yang menjadi kiblat
pertama orang Islam, raja yang berani, gagah dan disenangi rakyat, siapakah Rasul yang
dimaksudkan?
2. Diangkat menjadi nabi selepas adiknya, fasih berbicara serta berdebat, insan yang lemah
lembut namun tetap teguh dalam berdakwah, siapakah Rasul yang setia berdakwah
bersama adiknya ini?
3. Sentiasa beribadat walau diuji, tidak mengeluh diuji sakit serta kehilangan harta kekayaan
dan anak-anak, dipulihkan Allah dari sakit setelah minum dan mandi dari air yang keluar
selepas hentakan kaki ke bumi, siapakah Rasul yang tekun beribadah ini?
4. Dilantik sebagai raja atas sifat kesabarannya, menyantuni rakyat dengan penuh ihsan,
teguh iman walau ingin diperdaya Iblis, siapakah rasul yang disebut di dalam Al-Quran
sebagai orang yang sabar dan soleh ini?
5. Diamanahkan menjaga Maryam dari bayi, akhirnya dikurniakan zuriat sendiri di usia tua,
bersama anaknya berdakwah menyebar Islam walau mendapat tentangan, wafatnya
mereka dibunuh raja yang zalim, siapakah nabi yang berani menegakkan Islam ini?
6. Kisah nabi dan ibunya yang diceritakan di dalam Al-Quran, dilahirkan dengan kelahiran
yang luar biasa tanpa bapa, diutuskan oleh Allah SWT kepada kaum Bani Israel dengan
kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran, dikurniakan mukjizat dan dilindungi dari
dibunuh oleh Bani Israel, siapakah nabi tersebut?
7. Manusia pertama yang dicipta Allah SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi, dicipta
pasangan dari tulang rusuk kirinya, hidup di dunia dengan penuh ketaatan kepada Allah
SWT, siapakah khalifah yang dimaksudkan?
8. Nabi yang memiliki paras rupa yang tampan, berkebolehan dalam menafsir mimpi,
sentiasa sabar dan yakin dengan Allah SWT walaupun menerima pelbagai ujian yang
berat, siapakan nabi yang dimaksudkan?

