Page 92 - Buletin JSKM 2021
P. 92

91




                yakin  apabila  kita  menunaikan  satu  hajat  orang,  Tuhan  akan  menunaikan  70  hajat  kita.
                Walaupun aku baru dua kali bertemu bonda, aku rasa seperti telah lama mengenali bonda.
                Kini bonda telah kehilangan abah. Januari 2020, abah pulang ke pangkuan ilahi sebelum
                pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah
                mengampuni segala dosanya dan semoga roh abah ditempatkan bersama para solihin. Meniti
                umur  68  tahun,  aku  pasti  bonda  sunyi  tanpa  teman  hidupnya.  Terkini,  aku  telahpun
                mendapatkan  tulisan  terbaru  bonda,  Sayang  Disayang.  Buku  ini  adalah  kumpulan  cerita
                tentang abah, yang disusun oleh bonda dan Saudara Muhammad Rois Rinaldi. Aku selalu
                berdoa semoga aku masih berkesempatan untuk bertemu bonda lagi. Situasi pandemik ini
                merencatkan segala perancangan. Semoga ada sinar pelangi selepas hujan.






















                     Nota: Artikel ini telah diulas (review) sendiri oleh Bonda Anie Din pada 21 Ogos
                     2021
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97