Page 98 - Buletin JSKM 2021
P. 98

97




                                                    Tentang SABAR

                Qalam ABU BAKAR AS SIDDIQ
                Memang sulit untuk bersabar, tapi menyia-nyiakan pahala dari sebuah kesabaran itu jauh
                akan lebih mendatangkan kemudaratan.

                Qalam UMAR AL KHATTAB
                Ketahuilah sabar itu ada dua, dimana yang pertama lebih utama daripada yang lain. Sabar
                pada waktu musibah itu adalah baik. Manakala yang lebih baik daripadanya lagi adalah sabar
                (menahan diri) dari sesuatu yang diharamkan  oleh Allah.

                Qalam UTHMAN BIN AFFAN
                Di antara tanda-tanda orang yang bijaksana ialah: hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu
                basah dengan zikrullah, kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa), segala
                perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mengutamakan kehidupan akhirat melebihi
                kehidupan                                                                           dunia.

                Qalam ALI BIN ABI TALIB
                Kesabaran itu ada dua jenis, sabar atas sesuatu yang tidak engkau ingin dan sabar menahan
                diri dari sesuatu yang engkau inginkan.


                                                                                                  Nukilan
                                                                       ME Qalam Ehsan & Zahra AlJanna
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103