Page 93 - Buletin JSKM 2021
P. 93
92
GENIUS MATEMATIK DI DALAM FILEM
Aina Razak
Apabila disebut matematik, ia mungkin merupakan seperti mimpi ngeri kepada
sesetengah individu. Matematik dianggap sebagai satu subjek yang sukar difahami dan sukar
untuk lulus bagi para pelajar. Namun begitu, bagi yang berminat, walaupun tidak sehebat
genius-genius matematik yang ada, ia merupakan satu cabang ilmu yang punya identiti dan
seni tersendiri. Jika tidak, mana mungkin penggiat-pengiat filem mengeluarkan filem-filem
berkaitan para genius matematik itu sendiri. Mari kita lihat tiga buah filem yang menyorot
kisah-kisah hidup pakar matematik yang pernah atau masih wujud.
Filem The Man Who Knew Infinity (2015) adalah mengenai seorang genius
matematik semasa British memerintah India iaitu Srivarasa Ramanujan. Datang daripada
golongan miskin dan bekerja sebagai buruh kasar, bakatnya telah dikenalpasti oleh majikan.
Ramanujan diminta membantu dalam menyediakan akaun. Melihat potensi yang ada pada
Ramanujan, majikannya menggalakkan beliau menulis mengenai matematik dan menghubungi
beberapa profesor ternama. Salah satu daripada suratnya menarik perhatian G.H. Hardy, ahli
matematik ternama dari Universiti Cambridge. Pada masa ini, Ramanujan telah berkahwin dan
beliau telah dijemput ke Universiti Cambridge. Tawaran ini diterima dan beliau terpaksa
meninggalkan isterinya di India.
Di Cambridge, Ramanujan menghadapi masalah menyesuaikan diri ditambah dengan
sikap perkauman masyarakat England. Namun begitu, Profesor Hardy berjaya membimbing
dan membantu beliau untuk menulis artikel ke jurnal yang terkemuka. Dalam pada itu,
Ramanujan mendapat tahu dirinya mengidap tuberkulosis (batuk kering) di samping berasa
sedih kerana surat-surat yang dikirim kepada si isteri selama berbulan-bulan tidak menerima
sebarang jawapan. Rupa-rupanya, si isteri mendapati surat-surat daripada Ramanujan telah
diambil oleh ibu mentuanya. Di England, Ramanujan meneruskan minat yang mendalamnya
dalam matematik dengan bantuan Hardy, di samping masih bergelut dengan penyakitnya.
Hardy telah mencalonkan beliau untuk menjadi felo di Kolej Trinity tapi ditolak kerana
masalah perkauman. Usaha Hardy yang berterusan akhirnya Ramanujan diterima sebagai
Felow of Royal Society di Kolej Trinity. Akhirnya, beliau pulang juga ke India dengan
kesihatan yang semakin merosot dan meninggal dunia ketika berusia 32 tahun.
Super 30 (2019) merupakan sebuah filem Hindi lakonan Hitrik Roshan yang membawa
watak utama, Anand Kumar. Anand merupakan pelajar miskin golongan bawahan tapi
mempunyai minat dan bijak matematik. Minat terhadap ilmu membuatkan Anand seringkali

