Page 95 - Buletin JSKM 2021
P. 95

94




                berhenti mengambil ubat dan sekali lagi menemui Parcher dan Charles yang diciptanya. Insiden

                Nash meninggalkan bayinya dalam jagaan “Charles” di dalam tub dengan paip terbuka serba
                sedikit menyedarkan Nash bahawa watak-watak lain hanya imiginasi. Namun, beliau tetap

                menolak untuk mengambil ubat semula kerana percaya boleh menanganinya secara semula

                jadi. Akhirnya Nash pulang ke Princeton dan dibenarkan bekerja di perpustakaan serta kelas-
                kelas audit, dan dibenarkan mengajar semula pada penghujung 1970an. Pada tahun 1994, Nash

                menerima hadiah Nobel untuk teori permainan yang diciptanya.
                       Selain daripada filem-filem ini, terdapat  banyak lagi filem yang berkisar tentang genius

                matematik,  sama  ada  ianya  kisah  benar  ataupun  rekaan  semata-mata.  Sekurang-kurangnya
                dengan adanya filem sebegini, ia dapat meletakan ilmu matematik itu setaraf dengan cabang

                ilmu lain.
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100