Page 96 - Buletin JSKM 2021
P. 96
95
QALAM KHALIFAH
Elly Johana Johan & Zalilah Abd Aziz
Qalam Kebenaran,
Qalam Khalifah,
ABU BAKAR AS
SIDDIQ,
UMAR AL KHATTAB,
UTHMAN BIN AFFAN
dan
ALI BIN ABI TALIB
Qalam Ikutan,
Panduan Kehidupan,
Tentang Iman,
Tentang Akhlak,
Tentang Ilmu dan
Tentang Sabar
Tentang IMAN
Qalam ABU BAKAR AS SIDDIQ
Ikutilah jalan hidup yang ditunjukkan Nabi SAW kepadamu kerana sesungguhnya itu adalah
jalan yang benar.
Qalam UMAR AL KHATTAB
Aku tidak pernah bimbang apakah doaku akan dimakbulkan atau tidak, tetapi yang lebih aku
bimbangkan adalah aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa.
Qalam UTHMAN BIN AFFAN
Aku menemukan kenikmatan beribadah dalam empat perkara: ketika mampu menunaikan
kewajiban-kewajiban kepada Allah, ketika mampu menjauhi hal-hal yang diharamkan oleh
Allah, ketika mampu melakukan amar maaruf dan mencari pahala dari Allah, ketika mampu
melakukan nahi munkar dan menjaga diri dari murkanya Allah.
Qalam ALI BIN ABI TALIB
Aku merasa bahagia sekiranya doaku dimakbulkan tetapi aku merasa lebih bahagia sekiranya
doaku tidak dimakbulkan kerana yang pertama itu adalah kehendakku dan yang kedua itu
adalah pilihan Allah untukku.

