Page 94 - Buletin JSKM 2021
P. 94

93




                ke Perpustakaan Banaras Hindu Universiti untuk menyelesaikan masalah-masalah di dalam

                jurnal matematik. Satu hari, Anand tertangkap dan dihalau keluar kerana beliau bukan pelajar
                universiti  tersebut.  Hasil  cadangan  seorang  petugas,  Anand  telah  menghantar  penyelesaian

                matematik yang belum pernah diselesaikan dan diterbitkan di dalam sebuah jurnal. Ini telah

                menarik perhatian Profesor Richard dari Universiti Cambridge lalu menawarkan Anand untuk
                menyertai program di sana, Tetapi kemiskinan menghalang cita-citanya untuk terbang jauh.

                Dengan kematian bapanya akibat sakit jantung, Anand mula menjual papadom untuk menyara
                hidup dan ditemukan dengan Lallan Singh yang memiliki Pusat Latihan Lallan.

                       Lallan menjadikan Anand guru di pusat latihannya yang cuma menerima anak-anak
                golongan berada. Perkara ini tidak disenanginya, lalu Anand meletakkan jawatan dan membuka

                pusat tuisyen percuma untuk anak-anak miskin yang tidak mampu ke sekolah. Ini membuatkan

                teman  wanitanya  terpaksa  memutuskan  hubungan  mereka.  Buat  peringkat  permulaan,  30
                pelajar terpilih menyertai pusat tuisyen Anand. Ini menimbulkan kemarahan Lallan kerana

                pusat latihannya menerima kritikan daripada ibubapa. Beberapa cubaan membunuh Anand dan
                juga  para  pelajarnya  telah  dilakukan.  Namun  begitu  Anand  tetap  kuat,  ditambah  dengan

                sokongan penuh daripada adiknya Pranav dan ibunya sendiri. 30 pelajar yang dididik Anand
                dalam serba kekurangan dan tanpa bantuan mana-mana pihak bertanggungjawab akhirnya lulus

                dalam ujian IIT. Kisah ini telah membuka mata banyak pihak dan Anand menerima beberapa

                anugerah peringkat global.
                       Kisah hidup John Nash telah digarap dengan sangat baik melalui filem A Beautiful

                Mind (2001). Beliau diterima masuk ke Universiti Princeton dan tinggal sebilik dengar pelajar

                sastera  Charles Herman. Nash memperkenalkan konsep baru peraturan dinamik (governing
                dynamics)  yang  berjaya  diterbitkan  dan  meraih  perhatian  Massachusetts  Institute  of

                Technology (MIT) lalu memilih rakan matematiknya Sol dan Bender untuk menyertai beliau.
                Tahun  1953,  Nash  dijemput  ke  Pentagon  untuk  mengkaji  telekomunikasi  sulit  musuh  dan

                berjaya menguraikannya secara mental.  Selain itu, Nash juga didapati terlalu obses dengan
                kajian  mengenai  paten  tersembunyi  di  dalam  majalah  dan  suratkhabar  yang  boleh

                menggagalkan rancangan Soviet.

                       Sekembali ke Princeton, Nash mengahwini pelajarnya Alicia Larde. Ketakutan kepada
                pihak  Soviet  membuatkan  Nash  melarikan  diri  ketika  menjadi  penceramah  jemputan  di

                Universiti  Harvard.  Nash  berjaya  dipaksa  untuk  mendapatkan  rawatan  pakar  psikiatri,
                Dr.Rosen.  Diberitakan  kepada  Alicia  bahawa  suaminya  mengalami  skizofrenia  dan  watak-

                watak yang dinyatakan sebelum ini hanyalah imiginasi beliau. Nash dirawat dengan siri terapi
                kejutan insulin dan akhirnya dilepaskan. Kecewa dengan kesan ubat antipsikotiknya, Nash
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99