Page 26 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 26
Bahasa Melayu UPSR Melengkapkan Cerita
Menyelamatkan Melengkapkan Cerita
105 Mangsa Lemas
Pada petang itu cuaca agak redup. Aku menunggang basikal pulang ke rumah seorang diri.
Tiba-tiba,…
Tulis sebuah cerita yang bermula dengan ayat di atas.
i-THINK
i-THINK
,BNVT .JOJ UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
redup 阴沉 cemas 焦急 mempercepat 加快
tebing 岸 panik 惊慌 sedar 清醒
Pada petang itu cuaca agak redup. Aku menunggang basikal pulang ke rumah seorang
diri. Tiba-tiba, aku terdengar suara orang meminta tolong ketika aku sedang menyeberangi
jambatan.
Aku tercari-cari suara itu. Rupa-rupanya ada orang lemas di dalam sungai. Aku berasa
cemas lalu aku mempercepat kayuhan basikal menuju ke tebing sungai.
Mujurlah aku pandai berenang. Aku segera terjun untuk menyelamatkan mangsa. Air
sungai yang agak dalam itu menjadikan aku lebih berhati-hati. Mangsa sudah tenggelam
timbul. Aku hampir panik.
Akhirnya, aku berjaya membawa mangsa ke tebing sungai. Mangsa masih belum
sedarkan diri. Aku pun memberikan bantuan pernafasan kepadanya berdasarkan
pengetahuanku sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah.
Tidak lama kemudian, mangsa pun sedar. Aku bersyukur dapat menyelamatkannya.
Mangsa mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah menyelamatkannya. Sejak
peristiwa itu, aku dan mangsa menjadi sahabat baik.
118

