Page 29 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 29
Bahasa Melayu UPSR Melengkapkan Cerita
Akibat Tidak Melengkapkan Cerita
108 Mendengar Nasihat Ibu
Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat di bawah.
…Saya menyesal dan berjanji akan mendengar nasihat ibu.
UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
3BOHLB ,BSBOHBO
Pd ❊ bersahabat dengan Raju – mempunyai hobi baharu
I ❊ menyedari – menasihati – tidak melastik lagi
❊ hujung minggu – kawasan hutan – mencari mangsa – ibu
pula tiada di rumah
❊ Raju berjaya melastik seekor burung – tumpang gembira
❊ tidak sedar – melastik sarang tebuan – berlari – terjatuh –
disengat
Pn ❊ sedarkan diri – bermalam di hospital
❊ menyesal – berjanji – mendengar nasihat
mengendahkan 理睬
,BNVT .JOJ melastik 弹射
hutan 森林 dahan 树枝
berlengah 拖延 disengat 被蛰
Sejak bersahabat dengan Raju, saya mempunyai hobi baharu, iaitu melastik. Raju
memperkenalkan permainan tersebut kepada saya. Saya berasa seronok kerana saya
semakin mahir menggunakan lastik.
Ibu menyedari hobi saya itu. Ibu menasihati saya supaya tidak melastik lagi. Namun,
saya tidak pernah mengendahkan nasihat ibu.
Pada hujung minggu, Raju mengajak saya ke sebuah kawasan hutan. Menurutnya, kami
mudah mencari mangsa di sana. Saya bersetuju dengan cadangan Raju lalu mengikutnya
ke sana. Ibu pula tiada di rumah kerana pergi ke bandar untuk membeli barang dapur.
Raju berjaya melastik seekor burung. Saya tumpang gembira. Kini tiba giliran saya.
Ketika sedang berjalan, saya ternampak seekor burung di atas dahan yang agak tinggi.
Tanpa berlengah, saya pun melastik burung tersebut.
Saya tidak sedar rupa-rupanya saya telah melastik sarang tebuan. Saya dan Raju
berlari untuk menyelamatkan diri tetapi malangnya kami terjatuh. Kaki saya luka. Kami telah
disengat tebuan yang banyak.
Sebaik sahaja sedarkan diri, saya mendapati ahli keluarga saya telah berada di tepi
katil. Akibat peristiwa itu, saya terpaksa bermalam di hospital selama beberapa hari. Saya
menyesal dan berjanji akan mendengar nasihat ibu.
121

