Page 28 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 28
Bahasa Melayu UPSR Melengkapkan Cerita
Kisah Seorang Melengkapkan Cerita
107 Murid Baharu
Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat di bawah.
…Kini aku sedar akan kesilapanku selama ini dan berjanji tidak menghina kekurangan orang lain.
Kisah Seorang Murid Baharu
UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
❖ menerima ❖ duduk di ❖ terpaksa ❖ melintas ❖ mula
kehadiran sebelahku di berjalan jalan – memahami
– murid dalam kelas bersama – dilanggar perasaaan
baharu ❖ tidak pernah arahan guru ❖ kakiku patah Haris
❖ Haris – berbual – ❖ bosan – ❖ membantuku ❖ meminta
kelainan tidak menunggunya – kejadian maaf
upaya menyukainya – berjalan – malu – ❖ menjadi
– mengejekku perlahan berehat sahabat baik
,BNVT .JOJ
kehadiran 来临 cacat 残疾 bosan 厌烦 kelas tambahan 补习班
jejantas 行人天桥 kecederaan 受伤 malu 羞愧 sempurna 良好的
Kelas Tahun Enam Maju menerima kehadiran seorang murid baharu yang berasal dari
Kedah. Nama murid tersebut ialah Haris. Haris merupakan seorang murid kelainan upaya.
Dia mengalami kecacatan pada kakinya sejak kecil. Oleh hal yang demikian, dia memerlukan
bantuan tongkat untuk berjalan.
Haris duduk di sebelahku di dalam kelas. Aku tidak pernah berbual atau melayani
pertanyaannya. Aku tidak menyukainya kerana rakan-rakanku yang lain mengejekku
mempunyai rakan yang cacat.
Kadangkala aku terpaksa berjalan bersama dengan Haris jika hendak ke makmal atau
ke bilik muzik. Itu pun disebabkan arahan guru. Aku menjadi talam dua muka dan berpura-
pura baik dengan Haris. Aku bosan terpaksa menunggunya yang berjalan perlahan.
Pada suatu hari, selepas habis kelas tambahan aku hendak melintas jalan tanpa
menggunakan jejantas yang disediakan. Ketika aku hendak melintas, tanpa aku sedari aku
telah dilanggar sebuah kereta. Aku mengalami kecederaan yang agak serius. Kakiku patah.
Aku tidak sedarkan diri.
Apabila aku membuka mata, aku sudah berada di hospital. Ayah, ibu, kakak dan Haris
berada di sisiku. Harislah yang membantuku semasa kejadian. Aku berasa malu dengannya.
Aku terpaksa berehat selama beberapa bulan sejak kejadian itu.
Aku mula memahami perasaan Haris yang tidak dapat berjalan dengan sempurna.
Aku meminta maaf kepadanya. Kami menjadi sahabat baik. Kini aku sedar akan kesilapanku
selama ini dan berjanji tidak menghina kekurangan orang lain.
120

