Page 30 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 30

Bahasa Melayu UPSR  Melengkapkan Cerita

                                     Peristiwa yang                           Melengkapkan Cerita


                   109               Tidak Dapat Dilupakan




              Tulis sebuah cerita yang bermula dengan ayat di bawah.
              Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, telah berlaku suatu peristiwa yang tidak dapat saya
              lupakan. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya hingga ke hari ini.
                                                                                      i-THINK
                                                                                      i-THINK










              ❖ Ah Meng datang ke       ❖ Ibu melarang      ❖ Mandi  dan  berenang  ❖ Ibu sedang
                rumah                   ❖ Berlaku kejadian    – tanpa menghiraukan     menangis
              ❖ Pergi mandi di lombong    – mati lemas        hujan                    teresak-esak
              ❖ Bersetuju dengan                            ❖ Paras air semakin       ❖ Nyaris lemas
                cadangan Ah Meng                              dalam                   ❖ Berjanji tidak buat
                                                            ❖ Terkapai-kapai           lagi


                ,BNVT .JOJ UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
                             termenung 沉思             beranda 阳台                   lamunan 幻想
                             lombong 矿湖               menghiraukan 理会              pertimbangan 平衡



                Pada cuti penggal persekolahan dua tahun lepas, telah berlaku suatu peristiwa yang tidak
                dapat saya lupakan. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya hingga ke hari ini.
                      Pada suatu hari, saya berasa sangat bosan berada di rumah. Ibu dan ayah keluar
                kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Abang pula pergi ke rumah Mak Long. Saya
                duduk termenung di beranda.
                      Lamunan saya terhenti apabila Ah Meng datang ke rumah. Dia mengajak saya pergi
                mandi di lombong tinggal yang tidak jauh dari rumah. Saya pun bersetuju dengan cadangan
                Ah Meng. Kami terus pergi ke sana dengan menaiki basikal.
                      Sebenarnya ibu melarang saya pergi ke lombong itu. Lombong tinggal itu berbahaya.
                Pernah berlaku kejadian yang tidak diingini, iaitu dua orang kanak-kanak mati lemas kerana
                mandi di situ.
                      Kami mandi dan berenang riang dalam lombong itu tanpa menghiraukan hujan yang
                mula turun. Tiba-tiba, saya hilang pertimbangan. Paras air semakin dalam. Saya terkapai-
                kapai meminta tolong.
                      Sebaik sahaja saya membuka mata, saya melihat  ibu sedang menangis teresak-
                esak. Saya berasa bersalah kerana tidak mendengar pesanan ibu. Saya nyaris lemas dan
                dihanyutkan arus. Saya meminta maaf kepada ibu. Saya berjanji tidak buat lagi.



                                                          122
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35