Page 27 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 27

Bahasa Melayu UPSR  Melengkapkan Cerita


                                                                                Melengkapkan Cerita
                                       Penculikan Mei Ling
                     106




                Pada suatu hari, aku melalui jalan pintas menuju ke perpustakaan awam. Jalan tersebut agak
                sunyi. Namun, ketika tiba di suatu simpang aku…
                Tulis sebuah cerita yang bermula dengan ayat di atas.
                           UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
                                                                3BOHLB ,BSBOHBO
                                                        Pd  ❊ seorang lelaki menekup mulut Mei Ling – dimasukkan
                                                             ke dalam sebuah van
                                                        I  ❊ terkejut – mengamati nombor plat van
                                                           ❊   berpatah balik – memberitahu ibu bapa Mei Ling
                                                           ❊   menceritakan peristiwa yang berlaku
                                                           ❊   kes penculikan – tersebar – mengawasi pergerakan
                                                             anak-anak – menasihatiku
                                                        Pn  ❊ berjaya memberkas penjenayah
                                                           ❊   Mei Ling – terselamat – mangsa pemerdagangan



                  ,BNVT .JOJ
                               menekup 用手盖              meronta-ronta 挣扎、反抗         meluncur 飞驰
                               diculik 被绑架              tersebar 已传开                memberkas 拘捕



                   Pada suatu hari, aku melalui jalan pintas menuju ke perpustakaan awam. Jalan tersebut agak
                   sunyi. Namun, ketika tiba di suatu simpang aku melihat seorang lelaki menekup mulut Mei
                   Ling yang sedang meronta-ronta. Kemudian, Mei Ling dimasukkan ke dalam sebuah van.
                        Aku  terkejut  dengan  kejadian  tersebut.  Aku  mengamati  nombor  plat  van  itu  lalu
                   mencatatnya. Van itu terus meluncur laju menuju ke arah bandar. Kelihatan beberapa orang
                   lelaki di dalam van itu.
                        Aku berasa tidak sedap hati. Aku berpatah balik untuk memberitahu ibu bapa Mei Ling
                   tentang kejadian tadi. Aku percaya Mei Ling diculik.
                        Setelah menceritakan peristiwa yang berlaku, ibu Mei Ling menangis kerana bimbang
                   akan keselamatan anaknya. Bapa Mei Ling cuba menenangkan isterinya. Saya dan bapa
                   Mei Ling segera ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan.
                        Kes penculikan Mei Ling telah tersebar. Sejak peristiwa itu, ibu bapa dinasihatkan sentiasa
                   mengawasi pergerakan anak-anak dan tidak membiarkan mereka keluar seorang diri atau
                   melalui kawasan yang sunyi. Ibuku turut menasihatiku agar tidak melalui jalan pintas itu lagi.
                        Pihak polis berjaya memberkas penjenayah yang terlibat dalam kes penculikan Mei
                   Ling. Mei Ling bernasib baik kerana terselamat daripada menjadi mangsa pemerdagangan
                   kanak-kanak.


                                                             119
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32