Page 36 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 36
Bahasa Melayu UPSR Fakta
Fakta
Sayangi Sekolah
115
Tulis sebuah karangan tentang cara kamu menyayangi sekolah dengan selengkapnya.
menjaga turut serta
UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
harta benda dalam program
sekolah yang dijalankan
mematuhi membantu
peraturan yang menaikkan
telah ditetapkan imej sekolah
,BNVT .JOJ
formal 正规 disiplin 纪律 kemudahan 设施 vandalisme 破坏公物的行为
sokongan 支持 mewakili 代表 kenangan 回忆 merindui 怀念
Sekolah ialah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.
Selain rumah, sekolah menjadi tempat kita menghabiskan masa untuk tujuan menuntut
ilmu. Sebagai seorang murid, kita haruslah menyayangi sekolah kita. Terdapat beberapa
cara untuk membuktikan kita menyayangi sekolah.
Antara cara membuktikan kita menyayangi sekolah termasuklah sentiasa mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Janganlah sesekali kita melanggar
peraturan sekolah kerana kita akan dikenakan tindakan disiplin. Contoh peraturan sekolah
termasuklah berpakaian kemas, menghormati guru dan tidak merokok.
Menjaga harta benda sekolah juga membuktikan bahawa kita menyayangi sekolah.
Kita haruslah menggunakan kemudahan seperti peralatan sukan, meja, kerusi dan buku teks
dengan sebaiknya supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Jauhi perbuatan vandalisme
yang boleh menyebabkan orang lain tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan.
Selain itu, kita haruslah turut serta dalam program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Hal ini sebagai tanda sokongan kita kepada pihak sekolah. Contohnya, kita boleh menyertai
Program Kitar Semula, Program Bumi Hijau dan banyak lagi program yang dianjurkan.
Kita mestilah membantu menaikkan imej sekolah. Jika mewakili sekolah dalam pelbagai
pertandingan, kita hendaklah berusaha mendapat tempat yang terbaik. Pihak sekolah
semestinya berasa bangga akan kejayaan yang dicapai.
Tuntasnya, kita haruslah menyayangi sekolah kita. Biarlah kita meninggalkan kenangan
yang indah di sekolah kerana suatu hari nanti kita pasti merindui zaman persekolahan.
128

