Page 39 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 39

Bahasa Melayu UPSR  Fakta


                  ,BNVT .JOJ
                                     dikenali 被称为                   patriotisme 爱国
                                     jati diri 一致性                  pejuang 斗士;战士
                                     imej 形象                        persepakatan 协议
                                     kerjasama 合作                   laungan 呼叫





                           UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
                   Hari Kebangsaan atau dikenali sebagai Hari Kemerdekaan disambut pada tanggal 31 Ogos
                   setiap tahun serta mempunyai tema tertentu. Lazimnya hari bersejarah ini disambut dengan
                   diadakan pelbagai aktiviti seperti perbarisan, pertandingan keceriaan dan mengibarkan Jalur

                   Gemilang. Terdapat kebaikan atau kepentingan sambutan Hari Kebangsaan ini diadakan.

                         Antara kepentingan menyambut Hari Kebangsaan adalah untuk memupuk semangat
                   patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Semangat seumpama ini perlu ada dalam diri supaya
                   kita lebih dihormati oleh orang luar. Oleh itu, menyambut Hari Kebangsaan menjadi salah
                   satu lambang mengukuhkan jati diri.


                         Seterusnya, menyambut Hari Kebangsaan merupakan satu cara untuk mengenang
                   jasa pejuang negara yang telah berkorban demi kemerdekaan negara. Tanpa mereka,
                   belum tentu negara kita mencapai kemerdekaan seperti hari ini. Tokoh yang terkenal dalam
                   usaha mempertahankan negara adalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Rosli
                   Dhobi dan sebagainya.


                         Selain itu, menyambut Hari Kebangsaan juga dapat  membantu menaikkan  imej
                   negara. Sambutan ini menunjukkan  persepakatan rakyat di negara ini kerana Malaysia
                   dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni.

                         Kepentingan  sambutan  Hari  Kebangsaan  yang  seterusnya  ialah  kita  dapat
                   mengukuhkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai rakyat yang

                   berbilang kaum. Perpaduan juga dapat dibuktikan melalui kerjasama dalam menjayakan
                   program sambutan Hari Kebangsaan ini.

                         Kesimpulannya,  banyak  kepentingan  yang  diperoleh  melalui  sambutan  Hari
                   Kebangsaan. Sambutan Hari Kebangsaan bukanlah sekadar laungan merdeka sahaja, tetapi
                   sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersungguh-sungguh menghayati erti kemerdekaan

                   yang sebenar.



                                                             131
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44