Page 34 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 34
Bahasa Melayu UPSR Fakta
Kesan Menonton Fakta
Televisyen kepada
113 Kanak-kanak
Menonton televisyen memberikan kesan yang baik dan buruk terutamanya kepada kanak-kanak.
Tulis sebuah karangan tentang kesan tersebut dengan selengkapnya.
Kesan Menonton Televisyen kepada Kanak-kanak
UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
Baik Buruk
memberikan ilmu mengisi masa menyebabkan kanak-kanak
pengetahuan dan lapang kanak-kanak leka terpengaruh dan
pengajaran terikut-ikut
,BNVT .JOJ
medium 媒介 menarik 吸引 pengajaran 教导 dokumentari 纪录片
khusyuk 专注 keganasan 暴力 pertarungan 冲突 terikut-ikut 不自觉地追随
Televisyen merupakan medium yang menjadi pilihan seluruh masyarakat. Lebih-lebih lagi
pelbagai program dan rancangan yang menarik disiarkan di televisyen. Namun demikian,
menonton televisyen memberikan kesan yang baik dan juga buruk terutamanya kepada
kanak-kanak.
Antara kesan baik menonton televisyen kepada kanak-kanak termasuklah memberikan
ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui rancangan
berbentuk dokumentari seperti National Geographic dan siaran TVIQ. Terdapat juga rancangan
kartun yang boleh memberikan pengajaran kepada mereka seperti Upin dan Ipin.
Selain itu, menonton televisyen juga boleh mengisi masa lapang. Jika tidak, kanak-kanak
cenderung untuk bermain sahaja ataupun tidur tanpa mengira masa. Secara tidak langsung,
menonton televisyen dapat menghilangkan stres.
Kesan buruk menonton televisyen pula akan menyebabkan kanak-kanak leka. Mereka
menjadi terlalu khusyuk sehingga malas untuk melakukan aktiviti lain seperti mengulang kaji
pelajaran dan bergaul dengan orang lain.
Terdapat juga rancangan seperti kartun yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
Televisyen banyak menyiarkan kartun yang berunsurkan keganasan seperti pergaduhan dan
pertarungan yang boleh menyebabkan kanak-kanak terpengaruh dan terikut-ikut.
Kesimpulannya, menonton televisyen memberikan kesan kepada kanak-kanak. Oleh
itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam memilih rancangan yang sesuai untuk
anak-anak mereka.
126

