Page 37 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 37
Bahasa Melayu UPSR Fakta
Faedah Membaca Fakta
116 Surat Khabar
Tulis sebuah karangan tentang faedah membaca surat khabar dengan selengkapnya.
i-THINK murid-murid masyarakat
i-THINK
UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
dapat menambahkan ,BNVT .JOJ
ilmu pengetahuan
media cetak 印刷媒介
boleh Faedah dapat mengetahui murah 廉价
menambahkan Membaca isu-isu semasa yang
perbendaharaan Surat Khabar berlaku di dalam teknologi 科技
kata dan di luar negara rujukan 参考
f kiran 思想
dapat mengisi masa lapang istilah 词汇;术语
dengan perkara yang berfaedah
ibu bapa guru
Surat khabar merupakan salah satu media cetak yang menyebarkan maklumat kepada
pembaca. Surat khabar ialah bahan bacaan yang murah dan mampu dimiliki oleh semua
orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis surat khabar diterbitkan seperti Utusan Malaysia,
Harian Metro, New Straits Times, Sin Chew Daily dan sebagainya. Banyak faedah diperoleh
jika kita membaca surat khabar.
Membaca surat khabar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Pembaca mendapat
pelbagai maklumat yang berguna berdasarkan artikel yang disiarkan dalam pelbagai bidang
seperti sains, teknologi, ekonomi dan sukan. Artikel ini boleh dijadikan rujukan yang baik.
Seterusnya, melalui surat khabar pembaca dapat mengetahui isu-isu semasa yang
berlaku di dalam dan di luar negara. Contohnya, isu alam sekitar dan kes penculikan yang
perlu diambil perhatian oleh setiap anggota masyarakat. Hal ini penting supaya masyarakat
dapat memainkan peranan masing-masing.
Selain itu, membaca surat khabar dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah. Membaca boleh mengembangkan f kiran kita berbanding melakukan perkara
yang tidak berfaedah seperti melepak.
Faedah lain membaca surat khabar ialah pembaca boleh menambahkan perbendaharaan
kata terutamanya bagi murid-murid. Terdapat istilah dan perkataan baharu yang mungkin
tidak pernah diketahui akan dapat dipelajari. Murid-murid boleh menggunakannya ketika
menulis karangan.
Jelaslah bahawa membaca surat khabar mendatangkan banyak faedah. Semua
masyarakat haruslah mengamalkan pembacaan surat khabar agar menjadi insan yang
berilmu.
129

