Page 35 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 35

Bahasa Melayu UPSR  Fakta

                                       Faedah                                           Fakta


                     114               Mempelajari Komputer




                Tulis karangan tentang faedah mempelajari komputer dengan selengkapnya.

                 i-THINK
                 i-THINK
                         murid                                           sekolah
                           UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
                                       dapat mengakses maklumat
                                                                                       ,BNVT .JOJ
                                              dengan mudah

                                                                      boleh             canggih 先进
                                                 Faedah           menggunakan           generasi 一代;世代
                          komputer boleh                         perisian tertentu
                           menghiburkan        Mempelajari                              berilmu 有学问
                                                Komputer          secara dalam
                                                                      talian            membosankan 沉闷
                                                                                        manual 手动的

                                            menguruskan data                            selingan 穿插物
                                          dengan lebih tersusun

                         individu                                           guru



                   Dunia teknologi yang semakin  canggih mendorong generasi kini berlumba-lumba untuk
                   menikmati kemudahan yang ada. Komputer menjadi alat yang penting kerana kebanyakan
                   guru di sekolah menggunakannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
                        Terdapat banyak faedah mempelajari komputer, antaranya ialah murid-murid dapat
                   mengakses maklumat dengan mudah. Mereka boleh mencari maklumat tambahan tentang
                   sesuatu perkara dan menjadikan mereka insan berilmu.
                        Melalui komputer juga, murid-murid boleh menggunakan perisian tertentu secara dalam
                   talian. Terdapat banyak perisian seperti e-book yang boleh menambahkan minat murid-murid
                   untuk belajar serta tidak membosankan.
                        Selain itu, komputer dapat membantu seseorang menguruskan data dengan lebih
                   tersusun. Sebelum wujudnya komputer, kebanyakan data disimpan secara  manual serta
                   mengambil masa untuk membuat semakan. Kini, dengan adanya kemudahan komputer ini
                   sedikit sebanyak dapat memudahkan kerja-kerja merekod data.
                        Komputer  juga  boleh  menghiburkan  kita.  Terdapat  pelbagai  perisian  yang  boleh
                   dimanfaatkan seperti untuk bermain, mendengar lagu dan menonton video. Namun begitu,
                   aktiviti ini hanyalah sekadar selingan dan bukan tujuan utama ketika menggunakan komputer.
                        Konklusinya, mempelajari komputer mendatangkan banyak faedah. Oleh  itu, kita
                   janganlah ketinggalan untuk mempelajarinya supaya kita tidak digelar seperti katak di bawah
                   tempurung.


                                                            127
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40