Page 44 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 44
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Cerita
Kejutan pada Hari Cerita
93 Ulang Tahun Kelahiran Adik
Ayah dan ibu kamu telah merancang untuk membuat kejutan pada hari ulang tahun kelahiran
adik kamu. Ceritakan kejutan yang dirancang itu dengan selengkapnya.
国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
3BOHLB ,BSBOHBO
Pd ❊ hari ulang tahun kelahiran adik – teruja –
menyambutnya di sebuah kafe
I ❊ hari yang dinantikan – tiba – membatalkan rancangan
❊ adik – muram – memerap di dalam bilik
❊ 11.00 pagi – merancang – kejutan
❊ membawa kek – menyanyikan lagu
Pn ❊ sambutan hari ulang tahun – bermakna
❊ ayah membawa – ke kafe kegemaran
rancangan 计划 menjengah 张望
,BNVT .JOJ kafe 小餐厅
diimpikan 梦寐以求的 terharu 感动 serta-merta 立刻
Minggu hadapan hari ulang tahun kelahiran adik. Adik berasa teruja kerana ayah dan ibu
telah berjanji akan menyambutnya di sebuah kafe kegemarannya.
Hari yang dinantikan telah pun tiba. Ayah memberitahu adik bahawa ayah dan ibu
terpaksa bekerja pada hari tersebut. Ayah meminta maaf kerana terpaksa membatalkan
rancangan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran adik di kafe.
Aku melihat riak wajah adik berubah menjadi muram. Adik berasa sangat sedih. Aku
sedaya upaya memujuknya tetapi tidak berjaya. Dia terus memerap di dalam bilik.
Tepat jam 11.00 pagi, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar. Aku menjengah keluar. Aku
mendapati ayah dan ibu sudah pulang. Rupa-rupanya, mereka merancang untuk membuat
kejutan. Sebenarnya, mereka keluar untuk membeli kek dan hadiah yang diimpikan oleh adik.
Aku mengetuk pintu bilik adik. Adik membuka pintu setelah beberapa kali aku
memanggilnya. Ibu membawa kek. Kami menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” bersama-
sama. Adik terkejut dan berasa terharu. Dia meniup lilin lalu memeluk ayah dan ibu.
Adik mengucapkan terima kasih. Rajuk dan sedihnya serta-merta hilang. Dia berasa
sambutan hari ulang tahun kelahirannya pada kali ini lebih bermakna. Petang itu ayah
membawa kami sekeluarga ke kafe kegemaran adik. Kami berasa sungguh bahagia.
105
P101 to 116_200 Cth BM.indd 105 8/27/21 2:53 PM

