Page 47 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 47

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Cerita


                                     Percutian yang                                  Cerita

                     96              Amat Menyeronokkan




              Ceritakan percutian yang amat menyeronokkan kamu dengan selengkapnya.

                   1                                          3BOHLB ,BSBOHBO
                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
                                                     Pd  ❊ cuti persekolahan telah bermula – bersiap-siap –
                                                           berbual-bual – terlelap
                                  2
                                                      I  ❊ mendapati – di rumah bapa saudara – merealisasikan
                                                           impian
               3                                         ❊   menghidangkan  juadah  –  bersiar-siar  di  sekitar
                                                           kampung
                                                         ❊   berkelah – banyak orang – bermandi-manda
                                                         ❊   dibawa ke dusun buah-buahan – memancing ikan
                                  4
                                                      Pn  ❊ percutian – bermakna

                   5                                 ,BNVT .JOJ bekalan 干粮
                                                                                       lena 熟睡
                                                                  merealisasikan 实现    selera 有食欲
                                                                  dusun 果园             ranum 熟透
                                                                  bermakna 有意义


                Cuti  persekolahan  telah  bermula.  Pagi  itu  kami  bersiap-siap  untuk  pergi  bercuti.  Ibu
                menyediakan bekalan makanan untuk kami sekeluarga sepanjang perjalanan nanti. Kami
                berbual-bual rancak di dalam kereta sehingga terlelap.
                      Bangun sahaja daripada lena, saya mendapati kami telah berada di sebuah kampung.
                Rupa-rupanya, ayah membawa kami bercuti di rumah bapa saudara kami, iaitu Pak Murad
                yang terletak di Muar, Johor. Sebenarnya, kami sudah lama mengimpikan untuk bercuti ke
                sana. Akhirnya, ayah merealisasikan impian kami.
                      Tiba di sana, ibu saudara kami, Mak Suri menghidangkan juadah tengah hari. Asam
                pedas, sayur pecal dan sambal belacan kami nikmati dengan penuh selera. Selepas makan,
                kami berehat sebentar sebelum dibawa bersiar-siar di sekitar kampung.
                      Keesokan harinya, kami berkelah di Air Terjun Gunung Ledang. Airnya sungguh jernih.
                Kelihatan banyak orang berkunjung ke sana untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga
                pada musim cuti persekolahan. Kami tidak melepaskan peluang bermandi-manda sehingga puas.
                      Hari berikutnya, kami sekeluarga dibawa ke dusun buah-buahan. Kebetulan pada ketika itu
                musim buah-buahan seperti manggis, rambutan dan durian. Pak Murad memberikan kebebasan
                kepada kami untuk memetik dan makan buah-buahan yang telah ranum di dusun. Pak Murad
                juga mengajak saya memancing ikan di sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Saya
                berasa seronok kerana memperoleh banyak hasil tangkapan.
                      Percutian  kami  pada  kali  ini  sangat  menyeronokkan.  Walaupun  hanya  bercuti  di
                kampung Pak Murad, namun percutian ini cukup bermakna. Hubungan kekeluargaan kami
                juga bertambah erat.


                                                          108







         P101 to 116_200 Cth BM.indd   108                                                              8/27/21   2:53 PM
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52