Page 46 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 46
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Cerita
Cerita
Bakat Terpendam
95
Kamu mempunyai bakat melukis sejak kecil lagi. Ceritakan pengalaman kamu ketika menyertai
pertandingan melukis dengan selengkapnya. 3BOHLB ,BSBOHBO
国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
Pd ❊ berusia empat tahun – menconteng buku – memberikan
pujian
I ❊ menyertai pertandingan melukis
❊ banyak peserta – keluargaku turut hadir untuk
memberikan sokongan
❊ melukis dengan bersungguh-sungguh – dapat memikat
hati juri
❊ tidak percaya – mengambil hadiah – gembira
Pn ❊ mengucapkan tahniah – ayah dan ibu tersenyum bangga
❊ membuat persediaan lebih rapi – peringkat seterusnya
,BNVT .JOJ
menconteng 涂鸦 meniru 模仿 mengasah 磨炼
bersungguh-sungguh 认真 batu loncatan 跳脚石 peringkat 阶段
Sejak berusia empat tahun, aku gemar menconteng buku. Lama-kelamaan, aku dapat meniru
gambar dan lukisan dengan cantik. Ibu yang menyedari bakatku ini sentiasa memberikan
pujian.
Pada suatu hari, Cikgu Armanda memanggilku agar berjumpanya di bilik guru. Aku
berdebar-debar. Rupa-rupanya, cikgu memilih aku untuk menyertai pertandingan melukis.
Aku gembira kerana inilah peluang untuk aku mengasah bakatku.
Tiba masa yang ditunggu-tunggu. Aku mendapati banyak peserta yang menyertai
pertandingan ini. Aku bertambah bersemangat apabila melihat keluargaku turut hadir untuk
memberikan sokongan kepadaku.
Aku melukis dengan bersungguh-sungguh berdasarkan tema yang diberikan. Aku
mencuba sehabis baik. Aku berharap agar lukisan aku nanti dapat memikat hati juri walaupun
aku baru setahun jagung.
Semasa pengumuman tempat pertama, aku seolah-olah tidak percaya apabila namaku
disebut. Aku terpana seketika. Cikgu Armanda memanggilku supaya aku segera naik ke atas
pentas untuk mengambil hadiah. Aku berasa sungguh gembira.
Cikgu Armanda mengucapkan tahniah atas kejayaanku itu. Ayah dan ibu tersenyum
bangga. Kejayaanku ini akan aku jadikan batu loncatan untuk aku mengembangkan lagi
bakatku yang terpendam ini. Selepas ini, aku harus membuat persediaan lebih rapi untuk
pertandingan melukis peringkat seterusnya.
107
P101 to 116_200 Cth BM.indd 107 8/27/21 2:53 PM

