Page 49 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 49

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Cerita


                                     Pengalaman                                      Cerita

                     98              semasa Cuti Sekolah




              Kamu mempunyai pengalaman menarik semasa cuti sekolah. Ceritakan pengalaman tersebut
              dengan selengkapnya.                      3BOHLB ,BSBOHBO


                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
                                               Pd  ❊ cuti sekolah yang lalu – meminta izin – ke rumah mak long
                                                I  ❊ menjual  kuih-muih  dan  mengambil  upah  menjahit  –
                                                     membantunya – pelbagai jenis kuih – nasi lemak
                                                   ❊   menitikberatkan  kebersihan  –  banyak  orang  datang
                                                     berkunjung
                                                   ❊   jualan – laris – menempah – gembira dapat membantu
                                                   ❊   petang – menjahit – belajar asas jahitan
                                               Pn  ❊ mak long mengucapkan terima kasih – upah
                                                   ❊   pengalaman yang sangat berharga


                ,BNVT .JOJ
                             bermalam 过夜        tunggal 单亲      menitikberatkan 重视     enak 美味
                             laris 畅销           hampa 失望        kemas 工整               angan-angan 理想


                Pada cuti sekolah yang lalu, keluargaku tidak bercadang untuk pergi ke mana-mana. Aku
                meminta izin daripada ayah dan ibu untuk ke rumah mak long. Aku akan bermalam selama
                seminggu di sana untuk meluangkan masa bersama-sama sepupuku yang pulang bercuti.
                      Mak long seorang ibu tunggal. Dia menjual kuih-muih dan mengambil upah menjahit
                pakaian untuk menyara kehidupan keluarganya. Semasa aku berada di rumahnya, aku
                bangun pada awal pagi untuk membantunya membuat pelbagai jenis kuih tradisional dan
                nasi lemak. Sepupuku juga turut membantu ibunya di dapur.
                      Gerai kecil mak long terletak di simpang Kampung Harapan. Meskipun gerainya kecil,
                dia sangat menitikberatkan kebersihan. Banyak orang datang berkunjung ke gerainya. Aku,
                mak long dan sepupuku tidak menang tangan melayan pembeli yang datang. Kuih-muih
                dan nasi lemak yang dijual mak long sungguh enak.
                      Jualan mak long sangat laris. Baru beberapa jam kami berniaga, kuih-muih dan nasi
                lemak sudah habis dijual. Ada juga yang datang lewat berasa hampa sehingga sanggup
                menempah kuih dan nasi lemak untuk hari esok. Aku gembira dapat membantu di gerainya.
                      Pada sebelah petang, mak long menjahit tempahan pakaian pelanggannya. Begitulah
                rutinnya pada setiap hari. Jahitannya sungguh kemas dan cantik. Aku tidak melepaskan
                peluang untuk belajar asas jahitan daripadanya.
                      Mak long mengucapkan terima kasih kepadaku kerana membantunya sepanjang
                seminggu aku berada di rumahnya. Dia juga memberikan wang sebagai upah kepadaku.
                Sesungguhnya, cuti sekolah itu memberikan aku pengalaman yang sangat berharga. Aku
                memasang angan-angan untuk membuka perniagaan sendiri pada suatu hari nanti.


                                                          110







         P101 to 116_200 Cth BM.indd   110                                                              8/27/21   2:53 PM
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54