Page 55 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 55
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Cerita
Cerita
Jasa Guru
103
i-THINK
Tulis karangan tentang jasa seorang guru yang paling kamu sayangi. i-THINK
bapa ibu
guru kelas
mengajarku tanpa penyayang
rasa jemu
Cikgu
Kamelia baik hati
sentiasa membantu
berdedikasi
kreatif
guru rakan
,BNVT .JOJ 国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
persiapan 准备 berdedikasi 献身教育 kreatif 有创意
ayu 漂亮 reaksi 反应 jemu 厌倦
Hari guru bakal tiba tidak lama lagi. Kawan-kawanku sudah mula membuat perancangan
dan persiapan untuk membuat dan membeli hadiah kepada guru kelas kami, Cikgu Kamelia.
Cikgu Kamelia ialah seorang guru yang sangat penyayang dan baik hati. Beliau juga
seorang yang berdedikasi serta kreatif. Beliau sentiasa membantu kami untuk memahami
pembelajaran yang disampaikan.
Aku berhasrat untuk memberi Cikgu Kamelia sehelai baju kurung. Cikgu Kamelia
kelihatan sungguh ayu jika beliau memakai baju kurung. Aku berbincang dengan kakak
dan dia bersetuju untuk membantuku menjahit baju kurung untuk Cikgu Kamelia.
Aku dan kakakku pergi ke pekan untuk membeli kain. Aku memilih kain berwarna
kuning. Pada petang itu, aku membantu kakak menggunting kain. Aku ingin Cikgu Kamelia
berasa bangga dan gembira apabila menerima hadiahku ini.
Pada pagi itu, aku tiba di sekolah dan terus berjumpa dengan Cikgu Kamelia. Alangkah
girangnya hatiku apabila melihat reaksi Cikgu Kamelia yang sangat gembira. Cikgu Kamelia
memelukku dan mengucapkan terima kasih. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada
Cikgu Kamelia kerana mendidik dan mengajarku tanpa rasa jemu.
116
P101 to 116_200 Cth BM.indd 116 8/27/21 2:53 PM

