Page 51 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 51

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Cerita


                                                                                     Cerita
                                     Mimpi yang Menakutkan
                   100




              Kamu pernah mengalami mimpi yang menakutkan. Ceritakan mimpi kamu itu dengan selengkapnya.

              i-THINK
              i-THINK
                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究





                   mengikut datuk ke dusun     mengopek durian untukku     segera ke arah bunyi
                   memungut buah durian        durian – sangat manis       menjumpai sebiji durian
                                                                             mencari – perasaan tamak
                                                                              menghantui diri


                                                                                  ,BNVT .JOJ

                                                                                  memungut 收集
                                                                                  berlegar-legar 打转
                                                                                  tamak 贪心
                                                                                  kehabisan 用尽
                  kehabisan bateri – gelap-gelita   terserempak – lembaga       kelam-kabut 慌乱
                  cuak – bunyi burung hantu          – menjerit sekuat hati      lintang-pukang 狼狈地逃
                  mencari jalan pulang             berlari lintang-pukang –     digoncang 被摇动
                                                      menyelamatkan diri

                Pada suatu malam, aku mengikut datuk ke dusun durian. Kami hendak  memungut buah
                durian yang gugur kerana ketika itu musim durian berbuah.
                      Aku berasa seronok dapat pergi ke dusun durian. Setibanya di sana, aku dan datuk
                memungut durian yang gugur lalu dibawa ke pondok. Datuk mengopek durian untukku. Rasa
                durian itu sangat manis. Aku terdengar bunyi durian gugur dan segera ke arah bunyi tersebut
                tanpa memberitahu datuk terlebih dahulu.
                      Alangkah gembiranya aku kerana menjumpai sebiji durian yang besar. Setahu aku,
                durian tersebut jenis yang paling sedap dan mahal. Aku terus leka berlegar-legar di kawasan
                tersebut untuk mencari durian. Perasaan tamak menghantui diri.
                      Tiba-tiba, lampu suluh yang kubawa kehabisan bateri. Suasana menjadi gelap-gelita. Aku
                tidak tahu di mana keberadaan datuk. Aku bertambah cuak apabila terdengar bunyi burung
                hantu. Aku cuba mencari jalan pulang dalam keadaan kelam-kabut tanpa menghiraukan
                durian yang telah dipungut.
                      Aku menjadi semakin takut apabila terserempak dengan satu lembaga. Aku menjerit sekuat
                hati tetapi lembaga tersebut ketawa melihatku. Aku berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan
                diri. Aku terlanggar sebiji batu lalu terjatuh. Tubuhku yang sakit digoncang perlahan. Apabila
                aku membuka mata, aku melihat abang tersenyum. Rupa-rupanya aku bermimpi.


                                                          112







         P101 to 116_200 Cth BM.indd   112                                                              8/27/21   2:53 PM
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56