Page 54 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 54

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Cerita


                  ,BNVT .JOJ
                                     risalah 社论、论文                  galakan 鼓励
                                     maklumat 资讯                    ilmu 知识
                                     ensiklopedia 百科全书              tatabahasa 语法
                                     negatif 负面                     insan 人类





                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究


                   Hobi ialah perkara yang menjadi kegemaran seseorang yang dilakukan pada masa lapang.
                   Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah
                   membaca.


                         Saya gemar membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, surat
                   khabar dan risalah. Ibu bapa saya sentiasa memberikan galakan kepada saya. Mereka

                   kerap kali membeli buku-buku baharu untuk saya. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah
                   di rumah saya ada sebuah perpustakaan mini.

                         Melalui hobi saya ini, saya dapat menambahkan maklumat dan ilmu. Contohnya, jika

                   saya membaca buku ensiklopedia sains, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang
                   ilmu alam haiwan dan tumbuhan. Secara tidak langsung, saya dapat meneroka ilmu sains

                   dengan lebih mendalam.

                         Membaca juga dapat membantu saya menguasai bahasa dengan baik. Misalnya,
                   dengan membaca buku cerita bahasa Melayu saya boleh menambahkan kosa kata baharu

                   yang boleh diaplikasikan ketika membuat karangan. Di samping itu, saya boleh memperbaiki
                   tatabahasa saya.


                         Selain itu, dengan membaca juga saya dapat mengisi masa lapang dengan perkara
                   yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan saya daripada keluar rumah dan melepak
                   dengan kawan-kawan yang boleh mengundang kepada kegiatan yang negatif.


                         Kita  haruslah  bijak  mengisi  masa  lapang  kita  dengan  melakukan  perkara  yang
                   bermanfaat. Hobi yang berfaedah mampu memberikan kebaikan kepada kita untuk menjadi
                   insan yang berguna.





                                                             115







         P101 to 116_200 Cth BM.indd   115                                                              8/27/21   2:53 PM
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59