Page 50 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 50

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Cerita


                                       Andai Aku                                       Cerita

                       99              Seorang Tentera




                Tulis karangan yang bertajuk “Andai Aku Seorang Tentera” dengan selengkapnya.


                                                 menjalankan tugas dengan baik – memberikan khidmat
                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究

                                                 menjaga keselamatan negara


                                                 menjaga kebajikan – mengetuai badan sukarelawan


                                                 menyertai misi-misi bantuan ke luar negara



                                                 pendapatan – diberikan kepada ibu bapa


                  ,BNVT .JOJ
                               dewasa 成人          keselamatan 安全       khidmat 服务           disiplin 纪律
                               kebajikan 福利       tenaga 力量            pendapatan 收入        selesa 舒适




                   Menjadi seorang pegawai tentera merupakan cita-citaku apabila  dewasa kelak. Tentera
                   merupakan salah satu anggota keselamatan yang mempertahankan negara.

                        Andai aku seorang tentera, aku akan menjalankan tugas dengan baik. Aku bercita-cita
                   untuk menjadi tentera kerana sesuai dengan diriku yang ingin memberikan khidmat kepada
                   orang lain. Di samping itu, aku juga dapat membentuk disiplin diri.
                        Tugas seorang tentera tidak hanya bertumpu kepada menjaga keselamatan negara.
                   Aku juga harus menjaga kebajikan masyarakat. Contohnya ketika bencana banjir, aku harus
                   mengetuai badan sukarelawan yang lain untuk membantu mangsa.
                        Selain itu, aku juga perlu menyertai misi-misi bantuan ke luar negara. Aku bersedia
                   mengerah sepenuh tenagaku. Secara tidak langsung, aku dapat mendekati mangsa bencana
                   serta memberikan bantuan makanan kepada mereka.

                        Sekiranya aku menjadi seorang tentera, pendapatan yang aku peroleh akan aku berikan
                   kepada ibu bapaku di kampung. Aku hendak membalas jasa kedua-dua orang tuaku yang
                   banyak berkorban ketika membesarkanku. Aku juga ingin membina sebuah rumah yang
                   lebih selesa untuk mereka.

                        Aku berharap agar aku dapat merealisasikan impianku ini. Aku akan belajar dengan
                   bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berjaya.



                                                             111







         P101 to 116_200 Cth BM.indd   111                                                              8/27/21   2:53 PM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55