Page 52 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 52
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Cerita
Cerita
Banjir di Kampungku
101
Kampung kamu dilanda banjir pada bulan lalu. Ceritakan pengalaman kamu ketika menghadapi
banjir tersebut dengan selengkapnya.
国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
3BOHLB ,BSBOHBO
Pd ❊ hujan turun dengan lebat – membimbangkan keluargaku dan
penduduk kampung
I ❊ membuat persediaan awal – menyimpan – dokumen penting
❊ banjir melanda – rumah – rosak teruk
❊ dikehendaki berpindah ke pusat pemindahan banjir
❊ ditempatkan – dewan besar – diberikan bantuan
Pn ❊ seminggu kemudian – dibenarkan pulang – bergotong-royong
,BNVT .JOJ
menjelang 接近;临近 banjir 水灾
dokumen 文件 ditenggelami 被淹没
sukarelawan 自愿者 wakil rakyat 人民代表
surut 减退 bertungkus lumus 苦干的
Pada suatu pagi, hujan turun dengan lebat. Menjelang petang, hujan tidak berhenti. Keadaan
ini membimbangkan keluargaku dan penduduk kampung. Ibu mengingatkanku supaya
jangan bermain hujan di luar rumah.
Kami membuat persediaan awal untuk menghadapi banjir. Kami menyimpan semua
dokumen penting di tempat yang selamat. Barang-barang keperluan juga kami letakkan di
tempat yang lebih tinggi.
Air sungai yang berhampiran mula melimpah. Banjir melanda kampungku. Banjir kali
ini lebih buruk berbanding tahun lepas. Banyak rumah yang rosak teruk dan ditenggelami
air.
Kami sekeluarga dikehendaki berpindah ke pusat pemindahan banjir. Kami akur dengan
arahan walaupun berat hendak meninggalkan rumah. Sukarelawan datang membantu kami
dan mangsa banjir yang lain.
Kami ditempatkan di sebuah dewan besar. Terdapat lebih 200 orang mangsa banjir
ditempatkan di sana. Kami diberikan bantuan makanan dan pakaian. Terdapat juga wakil
rakyat dan orang kenamaan datang melawat serta menghulurkan bantuan.
Seminggu kemudian, banjir mulai surut. Mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing. Kami bertungkus lumus membersihkan rumah dan kawasan kediaman. Kami
melakukan aktiviti secara bergotong-royong.
113
P101 to 116_200 Cth BM.indd 113 8/27/21 2:53 PM

