Page 29 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 29
Bahasa Melayu Tahun 4 Menulis Karangan
Keperibadian anak-anak terbentuk daripada didikan ibu bapa di rumah. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan masing-masing. Peranan seorang ibu amat besar dalam mendidik
anak-anak di rumah.
Ibu ialah insan yang berkorban mengandung dan melahirkan anak. Ibulah yang
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
menyusukan serta membesarkan anak hingga boleh berdikari. Oleh itu, tidak hairanlah jika
ibu memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak. Ibu amat menyayangi anak
sejak dalam kandungan lagi.
Anak-anak berasa lebih selamat apabila bersama dengan ibu kerana sifat ibu yang
lembut, penyayang serta lebih mengenali anak. Anak yang dididik dengan perasaan kasih
sayang akan menanamkan rasa selamat semasa berada di samping ibunya.
Bagi ibu yang tidak bekerja, mereka mempunyai lebih banyak masa bersama dengan
anak-anaknya ketika berada di rumah. Anak-anak menjadi lebih rapat dengan ibunya. Ada
ketikanya, ibu menjadi orang tengah antara anak dengan bapa.
Kebanyakan ibu pada masa ini mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Di
samping berperanan sebagai penjaga dan pendidik anak-anak, ibu juga bertindak sebagai
guru di rumah. Ibu bukan sahaja mengajar amalan kehidupan seharian, malahan mampu
membimbing anak-anak dalam pelajaran.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan ibu dalam mendidik anak sememangnya
penting. Sikap ibu yang penuh kasih sayang, memahami anaknya dan menjaga keperluan
keluarga menjadi teladan kepada anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
63

