Page 25 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 25
Menulis Karangan: Autobiograf
MODEL
58 Aku Sepasang Selipar
Andaikan kamu sepasang selipar. Ceritakan riwayat hidup kamu itu. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
dilahirkan di sebuah kilang dipakai setiap hari
diperbuat daripada getah dijadikan permainan “tuju
tubuhku – merah – tapakku – selipar” – sangat terhibur
hitam disimpan ke dalam stor dibaiki dengan dawai – boleh
dibungkus – dimasukkan – adik dipamerkan di luar – digunakan
kotak menjadi sampel berterima kasih kepada tuanku
dikejutkan – pekerja kedai
– dicuba oleh seorang
lelaki tua
sesuai dipakai – dibelinya
Kamus Mini
Kamus Mini
getah 橡胶 dimasukkan(被)放入 stor 储藏室、仓库 dawai 金属线
Aku sepasang selipar. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Selangor. Aku berjenama Min Seng.
Aku diperbuat daripada getah. Tubuhku berwarna merah manakala tapakku berwarna hitam.
Aku dibungkus dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama-sama adik-beradikku
yang lain. Kemudian, kami dimasukkan ke dalam lori khas. Kami bakal ditempatkan di
beberapa buah kedai kasut. Aku berasa sedih kerana bakal berpisah dengan adik-beradikku.
Tiba di sebuah kedai, aku dikeluarkan daripada kotak. Aku terus disimpan ke dalam stor. Aku
dijadikan stok dan tidak dipamerkan. Aku hanya melihat adikku dipamerkan di luar. Aku kasihan
melihat adikku yang dicampak dan sering dibawa ke dalam stor kerana menjadi sampel.
Selang beberapa minggu, aku telah dikejutkan oleh pekerja kedai. Aku diambil dan dicuba
oleh seorang lelaki tua. Memandangkan aku bersaiz lapan, aku sangat sesuai dipakai oleh
lelaki tua tersebut. Aku pun dibelinya dan dimasukkan ke dalam plastik.
Aku dipakai setiap hari. Aku dibawa ke mana-mana sahaja kecuali ke bandar. Aku juga
digunakan untuk bermain. Apabila cucu-cucu tuanku pulang ke kampung, mereka menyusunku
dengan rakanku untuk dijadikan permainan “tuju selipar”. Aku berasa sangat terhibur.
Tuanku sangat pandai menjagaku meskipun aku hanya sepasang selipar. Aku berasa
terharu kerana walaupun tali di tubuhku telah putus, aku dibaiki dengan dawai supaya aku
boleh digunakan lagi. Aku sangat berterima kasih kepada tuanku.
59

