Page 27 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 27

Menulis Karangan: Perbincangan
                 MODEL
                  60                    Berdisiplin Teras Kejayaan





                Berdisiplin teras kejayaan seseorang murid. Bincangkan. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
                 i-THINK
                 i-THINK
                                       mematuhi peraturan      membentuk
                           国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
                                            sekolah            sahsiah diri
                                                                                    Kamus Mini
                                                                                    Kamus Mini

                                       menguruskan masa        menjadi rahsia   teras 核心、精粹
                                          dengan baik          kejayaan         diwajibkan 有义务、有责任
                    Berdisiplin
                      Teras                                                     sahsiah diri 个性
                    Kejayaan                                                    rahsia 秘密
                                         menjadi contoh        menjadi
                                          kepada rakan         pemimpin         pemimpin 领导人、领袖
                                                                                ponteng 逃学、旷课


                                      murid gagal – kurang     suka ponteng –
                                           berdisiplin         vandalisme





                   Disiplin sangat penting dalam kehidupan seorang murid. Disiplin juga merupakan  teras
                   kejayaan. Kebanyakan murid yang berjaya mempunyai tahap disiplin yang baik. Hal ini
                   melibatkan pelbagai aspek termasuklah dalam menguruskan diri sendiri.
                       Contoh yang mudah tentang berdisiplin bagi seorang murid adalah dengan mematuhi
                   peraturan sekolah. Setiap murid diwajibkan mematuhinya. Secara tidak langsung, berdisiplin
                   mampu membentuk sahsiah diri murid.
                       Selain itu, kebanyakan murid yang berjaya khususnya dalam pelajaran merupakan
                   seseorang yang berdisiplin serta pandai menguruskan masa dengan baik. Bijak membahagikan
                   masa antara belajar, mengulang kaji pelajaran dan bermain menjadi rahsia kejayaan.

                       Murid yang berdisiplin lazimnya menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Oleh hal
                   demikian, tidak hairanlah dalam kalangan mereka ini ada yang menjadi pemimpin di sekolah
                   seperti pengawas dan ketua kelas. Mereka juga akan lebih dihormati oleh rakan-rakan.
                       Kebanyakan  murid  yang  gagal  terdiri  daripada  mereka  yang  kurang  berdisiplin.
                   Contohnya, murid yang suka ponteng, tidak membuat kerja sekolah dan melakukan perbuatan
                   vandalisme. Pencapaian akademiknya juga kurang memberangsangkan.

                       Sebagai kesimpulan, disiplin sememangnya merupakan teras kejayaan seseorang murid.
                   Oleh itu, setiap murid harus menerapkan nilai ini supaya mampu meraih kejayaan yang
                   diidamkan.



                                                             61
   22   23   24   25   26   27   28   29   30