Page 26 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 26

Menulis Karangan: Perbincangan
               MODEL
                59                  Kelebihan Mempunyai Banyak Kawan




              Kawan antara insan yang penting dalam hidup kita. Bincangkan kelebihan mempunyai banyak
              kawan. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
                                                           Rangka Karangan
                                                           Rangka Karangan
                           国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
                                                      Pd   ❧ kawan – insan lain yang ada bersama dengan kita
                                                       I   ❧ dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat
                                                          ❧ banyak kawan – kita tidak berasa sunyi
                                                          ❧ memudahkan kita untuk melakukan sesuatu aktiviti
                                                          ❧ membantu kita ketika ditimpa kesusahan
                                                      Pn   ❧ berkawanlah dengan semua orang – berhati-hati
                                                            ketika memilih kawan

                                                         Kamus Mini
                                                         Kamus Mini



                                                     bersendirian 单独、独自  bergaul 交往  pengetahuan 知识
                                                     bergurau 开玩笑          individu 个人  kesusahan 困难



               Karangan
                Terbaik
                Kawan merupakan insan lain yang ada bersama dengan kita. Kawan juga
                digelar sebagai teman, rakan dan sahabat. Sekiranya kita diberi pilihan sama
                ada hidup bersendirian atau berteman, pasti kita akan memilih untuk hidup
                berteman. Kita janganlah menjadi seperti katak di bawah tempurung yang
                tidak bergaul dengan orang lain.
                    Terdapat  banyak  kelebihan  mempunyai  banyak  kawan.  Antaranya
                ialah kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat. Apabila
                mempunyai banyak kawan, kita dapat bertukar-tukar maklumat tentang
                pelajaran. Contohnya, ketika mengulang kaji pelajaran, kita boleh berkongsi
                nota, bahan rujukan dan berbincang tentang sesuatu topik.
                    Selain itu, jika mempunyai banyak kawan, kita tidak berasa sunyi. Kita    Setiap isi
                akan berasa seronok kerana mempunyai kawan untuk berbual serta bergurau.      penting
                Secara tidak langsung, dapat mengelakkan kita daripada berasa bosan.          dihuraikan
                    Berkawan  juga  memudahkan  kita  untuk  melakukan  sesuatu  aktiviti.    dengan jelas
                Misalnya, sewaktu diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas. Setiap
                individu melakukan tugas masing-masing seperti menyapu lantai, membuang
                sampah, membersihkan tingkap dan lain-lain.
                    Kawan juga dapat membantu kita ketika ditimpa kesusahan. Namun, ketika
                kita susahlah kita dapat mengenali kawan kita yang sanggup bersama dengan
                kita. Sebagai contoh, jika kita kehilangan wang untuk membeli makanan, ada
                kawan yang prihatin menghulurkan bantuan kepada kita.
                    Kesimpulannya, kawan sememangnya insan yang penting dalam hidup
                kita. Berkawanlah dengan semua orang, tetapi kita juga perlu berhati-hati
                ketika memilih kawan.


                                                           60
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30