Page 24 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 24
Menulis Karangan: Autobiograf
MODEL
57 Aku Sebatang Pokok Mangga
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pokok Mangga”. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
berasal
daripada baka
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
anak pokok yang baik
membalas jasa dijaga – Kamus Mini
Kamus Mini
– berbuah setiap diberi baja
kali musim yang cukup baka 品种
putik 未成熟的果实
sebagai dewasa – pencuci mulut(饭后)水果、甜品
pencuci mulut, mengeluarkan jeruk 腌果
jus, jeruk bunga
buah yang buah dibungkus –
matang – dipetik mengelakkan
serangga
Aku sebatang pokok mangga. Aku berasal daripada anak pokok yang dibeli di pasar tani.
Mak Temah memilihku kerana menurutnya aku baka yang baik. Aku dibawa pulang lalu
ditanam berhampiran dengan rumahnya.
Selepas ditanam, aku dijaga dengan baik. Aku diberi baja yang cukup. Oleh sebab itu,
tidak hairanlah aku kelihatan begitu subur. Aku juga dijaga dengan rapi oleh Mak Temah.
Aku berasa sungguh bertuah.
Semakin hari, aku semakin dewasa. Tiba masanya aku hendak mengeluarkan bunga. Aku
berjaya mengeluarkan bunga yang sangat banyak. Melalui bungaku itu akan lahirlah buah
mangga. Buah mangga yang masih putik dibungkus oleh Mak Temah untuk mengelakkannya
daripada diserang oleh serangga perosak.
Musim buah-buahan kali ini sangat meriah dengan kehadiranku. Kebetulan, pada masa itu
cuti penggal persekolahan. Anak dan cucu Mak Temah pulang ke kampung. Buah manggaku
yang sudah matang dipetik. Buah mangga yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul.
Buah mangga yang masak ranum sangat manis. Buahku dikupas untuk dijadikan sebagai
pencuci mulut. Selain itu, buahku turut dijadikan jus yang enak. Buahku yang muda pula
dijadikan jeruk. Ada juga cucu Mak Temah yang mengunyah buahku yang masih muda.
Mereka sangat suka rasa buahku yang masam.
Begitulah kisah hidupku. Mak Temah akan memangkasku supaya aku kelihatan rapi. Aku
membalas jasa tuanku itu dengan menghasilkan buah pada setiap kali musim buah-buahan.
Aku sangat sayang akan Mak Temah.
58

