Page 128 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 128

Soalan 8 (c)

            “ Nasionalisme Teras Perpaduan “ adalah tema hari kebangsaan negara kita yang ke-28.

                                                                                          Sumber : www.pmr.penerangan.gov.my

            Bagaimanakah nasionalisme boleh memperkukuh perpaduan rakyat?     [8 markah]


            Nasionalisme boleh memperkukuh perpaduan rakyat dengan cara masyarakat akan sentiasa mengamalkan  sikap tolong-
            menolong antara satu sama lain. Seterusnya, wujud hubungan silaturahim yang istimewa antara sesama masyarakat.
            Selain itu, lahir sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama. Tambahan
            pula, konsep masyarakat penyayang akan terbentuk. Dengan itu, negara menjadi stabil. Keadaan ini akan membolehkan
            rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup dalam sesebuah negara. Kesannya, pengagihan kekayaan dan
            pembangunan negara terjamin.



            Nasionalisme  boleh  memperkukuh  perpaduan  rakyat  dengan  cara  mengutamakan  aspek  ilmu  pengetahuan  atau
            pendidikan.  Hal  ini  kerana,  melalui  pendidikan  akan  mewujudkan  rakyat  yang  mahir  dalam  pelbagai  bidang  ilmu
            pengetahuan. Seterusnya, kecekapan rakyat dapat ditingatkan. Selain itu, lahir rakyat yang kreatif dan inovatif ketika
            melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, rakyat berusaha mencipta sesuatu produk baru untuk kemudahan
            atau keselesaan hidup. Dengan itu, imej negara semakin meningkat. Keadaan ini akan membolehkan daya saing negara
            di persada dunia semakin kukuh. Kesannya, ekonomi negara berkembang dengan efisien.


            Soalan 9 (c)
            Berikan  cadangan  anda  untuk  menjadikan  Persekutuan  Malaysia  terus  cemerlang  dan  Gemilang.
                                                                                                                                                                     [8 markah]


            Cadangan saya untuk menjadikan Persekutuan Malaysia terus cemerlang dan gemilang ialah dengan mementingkan
            aspek perpaduan. Hal ini kerana melalui perpaduan masyarakat akan sentiasa mengamalkan  sikap tolong-menolong
            antara satu sama lain. Seterusnya, wujud hubungan silaturahim yang istimewa antara sesama masyarakat. Selain itu,
            lahir sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama. Tambahan pula, konsep
            masyarakat  penyayang  akan  terbentuk.  Dengan  itu,  negara  menjadi  stabil.  Keadaan  ini  akan  membolehkan  rakyat
            menikmati  kesejahteraan  dan  kemakmuran  hidup  dalam  sesebuah  negara.  Kesannya,  pengagihan  kekayaan  dan
            pembangunan negara terjamin.
            Cadangan saya untuk menjadikan Persekutuan Malaysia terus cemerlang dan gemilang ialah dengan mementingkan
            aspek ilmu pengetahuan atau pendidikan. Hal ini kerana, melalui pendidikan akan mewujudkan rakyat yang mahir dalam
            pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, kecekapan rakyat dapat ditingkatkan. Selain itu, lahir rakyat yang kreatif
            dan inovatif ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, rakyat berusaha mencipta sesuatu produk baru
            untuk kemudahan atau keselesaan hidup. Dengan itu, imej negara semakin meningkat. Keadaan ini akan membolehkan
            daya saing negara di persada dunia semakin kukuh. Kesannya, ekonomi negara berkembang dengan efisien.











                                                           125
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132