Page 129 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 129

Soalan 10 (c)
            Mengapakah matlamat untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
            penting kepada negara?
            Beri hujah anda.                                                                                                                                                    [8 markah]

            Matlamat untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja penting kepada
            negara kerana dari aspek perpaduan. Hal ini kerana melalui perpaduan masyarakat akan sentiasa mengamalkan  sikap
            tolong-menolong  antara  satu  sama  lain.  Seterusnya,  wujud  hubungan  silaturahim  yang  istimewa  antara  sesama
            masyarakat. Selain itu, lahir sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama.
            Tambahan pula, konsep masyarakat penyayang akan terbentuk. Dengan itu, negara menjadi stabil. Keadaan ini akan
            membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup dalam sesebuah negara. Kesannya, pengagihan
            kekayaan dan pembangunan negara terjamin.

            Matlamat untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja penting kepada
            negara kerana dari aspek ilmu pengetahuan atau pendidikan. Hal ini kerana, melalui pendidikan akan mewujudkan rakyat
            yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, kecekapan rakyat dapat ditingatkan. Selain itu, lahir
            rakyat yang kreatif dan inovatif ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, rakyat berusaha mencipta
            sesuatu produk baru untuk kemudahan atau keselesaan hidup. Dengan itu, imej negara semakin meningkat. Keadaan ini
            akan membolehkan daya saing negara di persada dunia semakin kukuh. Kesannya, ekonomi negara berkembang dengan
            efisien.



            Soalan 11 (b)
            Bincangkan kebaikan dan keburukan globalisasi.                                                                                                 [8 markah]

            Kebaikan globalisasi ialah aspek perpaduan. Hal ini kerana melalui perpaduan masyarakat akan sentiasa mengamalkan
            sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seterusnya, wujud hubungan silaturahim yang istimewa antara sesama
            masyarakat. Selain itu, lahir sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama.
            Tambahan pula, konsep masyarakat penyayang akan terbentuk. Dengan itu, negara menjadi stabil. Keadaan ini akan
            membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup dalam sesebuah negara. Kesannya, pengagihan
            kekayaan dan pembangunan negara terjamin.

            Sementara, keburukan globalisasi ialah  kurangnya ilmu pengetahuan atau pendidikan. Hal ini kerana, apabila aspek
            pendidikan  kurang  maka  ia  tidak  akan  mewujudkan  rakyat  yang  mahir  dalam  pelbagai  bidang  ilmu  pengetahuan.
            Seterusnya, kecekapan rakyat merosot. Selain itu, lahir rakyat yang tidak kreatif dan inovatif ketika melaksanakan sesuatu
            pekerjaan. Tambahan pula, rakyat kurang berusaha mencipta sesuatu produk baru untuk kemudahan atau keselesaan
            hidup. Dengan itu, imej negara semakin menurun. Keadaan ini akan membolehkan daya saing negara di persada dunia
            semakin lemah. Kesannya, ekonomi negara tidak berkembang dengan efisien.


















                                                           126
   124   125   126   127   128   129   130   131   132